Daisypath Friendship tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Wedding tickers
Lilypie Pregnancy tickers
Lilypie First Birthday tickers

Thursday, November 29, 2012

Tazkirah di hari Jumaat.....



assalamualaikum..

FAKTA : wanita yang tidak mengandung atau kurang mengandung lagi tinggi risiko untuk mendapat kanser payudara berbanding wanita yang sudah banyak kali mengandung. ni kerana dia lebih banyak terdedah kepada hormon yang boleh menbawa kepada kanser payudara.

bila difikirkan betapa cantik realiti yang ALLAH beri..
kesakitan yang amat itu ALLAH hadiahkan dengan hadiah yang paling berharga iaitu zuriat @ anak

tak cukup dengan itu- ALLAH hadiahkan pelbagai lagi hadiah buat wanita yang mengandung

  •  Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
  • Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil. 
  • Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
  •  Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
  • Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT
  • Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
  •  Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
  • Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid. 

"pengorbanan ibu itu sangat besar, jikalau tanpa ada rasa kasih sayang yang tertanam dalam hati,pasti semua wanita dalam dunia ni tak nak mengandung."
  
cuba bayangkan..
dari stat mengandung..
ibu2 ada pening2,loya,muntah2 -sampaikan kadang2 tak lalu makan sebab tak boleh nak bau makanan pun..
tak cukup dengan tu duk membawa angkutan bayi di depan perutnya selama 9 bulan, sampaikan sakit belakang-tapi dia still menahan,berkorban
 dan akhirnya sampai waktu untuk melahirkannya
sakitnya tak dapat diceritakan dengan kata2.
namun bila terdengar tangisan si anak, rasa sakit itu hilang, rasa lelah 9 bulan menunggu juga hilang. 
rasa bahagia pula menjelma.
sungguh indah perasaan itu berganti-ganti ^^



0 comments: