Daisypath Friendship tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Wedding tickers
Lilypie Pregnancy tickers
Lilypie First Birthday tickers

Saturday, December 10, 2011

shopping barang hantaran


Adoiyai~~ Ouh, duet juga suda finish. Tunggu next gaji pulak tuk beli mende laen...huhuhu..

Total of the day ~10/12/2011~:-
* Barang hantaran yang sudah dibeli for My Chenta from Me and from Me for My Chenta..~~

1. Perfume Chenta - Hugo BoSS
2. My perfume - Hugo BoSS
3. Kemeja + Tie
4. Handbag
5. Kain Pasang
6. Sejadah for Chenta
7. My Telekung
8. ..........................
continue.....

Masa Terbaik untuk Membeli Barang Hantaran


Saya rasa semua orang pon tahu yang negara kita Malaysia ni memang tak putus-putus dengan pelbagai ‘SALE‘.
Pada pendapat saya, masa SALE ni lah masa yang paling sesuai untuk membeli barang-barang hantaran ini. Lagi satu sebaiknya barang-barang hantaran (selain daripada makanan dan yang sewaktu dengannya) ini hendaklah di beli seawal yang boleh supaya tidak kelam-kabut nanti kalau last minit baru nak tercari-cari. Ye lah, nak buat persediaan untuk perkahwinan ini bukannya sedikit yang nak difikirkan, macam-macam yang perlu disurvey, ditempah dan sebagainya.:D

Saturday, October 29, 2011

Monday, October 17, 2011

Saturday, September 3, 2011

Selesai Sudah Majlis Pertunanganku


Alhamdulillah, hari Sabtu, 03 September 2011, bersamaan 5 Syawal, berjaya juga saya menghadiahkan bakal menantu kepada mak saya..Rase cam xpercaye plak aku nie da bertunang ngan En TunangKu. :-)

Tibalah saat2 yang dinantikan ....
03 September 2011
Majlis Pertunanganku Asilah & Ridzwan
yang berlangsung di PasirPuteh, Kelantan.
Majlis diadakan sekitar pukul 11.30 pagi.

Sanak saudara dan jiran tetangga sudah berkumpul seawal
pagi untuk meraikan Majlis Pertunangan Ku.
Kedengaran suara2 tetamu yang hadir tidak putus2..

Perasaan semakin berdebar2 pabila saudara & rakan
memberitahu bahawa majlis sedang bermula.
Makin berdebar2 hatiku ini.
Wah,.. hanya orang2 yang penah mengalaminya akan merasa
perasaan aku ketika itu.

Majlis berjalan secara lancar.
Antara topik2 perbincangan ialah Jumlah duit hantaran & tarikh
perlansungan pernikahan & perkahwinan.

Aduh... tiba2 nama Aku dipanggil untuk keluar.
Sebab sesi perbincangan sudah pun selesai.
Mak aai... makin berdegup laju jantung dibuatnyer.
Menggigil kaki..huhuhu.
Apa2 pun , " Control Cun " maa... haha..
Sampai dibawah je, seribu pasang mata yang memandang aku ketika itu.

Sesi menyarung cincin telah pun berlangsung.
Mak En Tunang yang menyarungkan cincin ke jariku.
Disaksikan oleh semua tetamu yang hadir.

Majlis selesai kira2 lebih kurang pukul 2.30 petang.
Alhamdulillah.. semuanya berjalan seperti yang dirancangkan.
Terima kasih kepada Ma, Abah, adik beradikKU
dan semua yang terlibat...

Doakan semoga kami bahagia hingga ke akhir hayat & semoga dipermudahkan serta dilancarkan segale2nye utk menuju hari bahagia..;)

Syukur kpd Allah di atas ketentuanNya.. Allah lebih mengetahui apa yg terbaik utkku & aku yakin, Allah itu maha mengetahui sesuatu yg aku tidak tahu & aku hanya berserah kpdMu ya Allah.. Semoga dipermudahkan segala urusanku di dunia & di akhirat. TQ Allah..

Sunday, July 3, 2011

infografik-kahwin-melayu




Carta alir proses dan peringkat yang terlibat dalam majlis perkahwinan orang Melayu di Malaysia bermula dari merisik, meminang, pernikahan dan kenduri kahwin... :-)

Saturday, July 2, 2011

beautiful weekend !~


Jam 12`40 tgh hari, aku mula bersiap2 untuk keluar g jalan2 kat KL bersama Adam!~ yang chomel, mama adam!~, papa adam!~ dan paklong adam!~ yang suke kaco adam...!~!~!~!~!~Tapi yang x best adam xnak ngn aku!~... ciannn.... Tapi yang paling bengangnyee... Abg ADI lambat 2 jam lebih..... siap abg ADI... dalam hati dah nyumpah2 kat abg ADI...huhuhu!~Last2 paklong adam!~ datang amik kat PUTRAJAYA.... tenkius adam!~.... Tujuan utama nak gi KL ni sebab nak beli baju kawin paklong adam!~Sampai je Jalan TAR, terus setiap kedai di jajah...hehehe...Penat jugalah, setengah hari berjalan kaki, pergi dari kedai ke kedai yang lain. Last2 jumpa gak yang berkenan di hati... akhirnya SEMUA HOUSE dapat di tawan...Aku terpegun tinguk kepelbagaian baju pengnatin yang dijual....Ni seme sebab paklong adam!~nak kawin.. kan adam kan..nasib baik adam!~ tak mengamuk...cian kat adamm....

Ya Allah Ya Tuhanku jauhkanlah bisikan syaitan dari menghasutku untuk membuat mataku rambang bila tengok baju2 lain yang semua nampak cantik! amin.

Banyak juga lah urusannya kalo nak kahwin, pening gak, kena pilih baju yang sesuai lah, kasut yang sesuai lah dan macam-macam lagi, macam ni lah kalo untuk perempuan.. hehe.. Kalo lelaki, simple je..Soo..the best thing is
beli baju nikah + veil di Jalan Tar. Satu perkara telah selesai. tapi banyak perkara lain pulak yang berduyun-duyun datang bergolek2. Alhamdulillah, baju untuk nikah sudah pun beli, yang nak buat hantaran untuk tunang wakakaka...!!~~~ !1Set L/P - RM260!~~Akhirnya baju nikah yang diidamkan sudah pun ditemui…kos semua sekali hmmm boleh tahan jgk.. tapi kurang sikit dari yang dianggar… ok laa tu.. cuma tudung tak beli lagi.. Maka sekarang ni mari sama2 memerah otak untuk pilih design yang sesuai. Yg ni Pak Long Adam!~~ kena pikir ye... kalau ikot aku, xmo la yang mewah2 sangat. kalau boleh baju tu biarlah boleh pakai lagi next time. and untuk baju nikah xmo sewa2. nak buat hak milik. so kena la tempah kan. sebab dah beli kain.. hehe.....

Penatttttttt!~~ tapi sronok...hehehehe

ok. ada beberapa perkara yang perlu aku selesaikan sebelum pertengahan bulan 8.

1.hantaran tunang.
nak buat sendiri ke nak tempah je? aku ni kadang2 malas nak tempah2 bagai. macam nak buat sendiri. tapi mampu ke? haha. masa mcam banyak macam xde. haaa cmn tu? nak buat sendiri nak pilih design pulak. barang2 pulak. pening2 hak2. *aku ni pening je lebih2. gerak nye tak hak2.

2. mini pelamin
takperlu kotttttttttt....

3. design baju nikah
haaaaaaaaaaa. yang ni kena cepat2. Tapi xpe..lambat lagi. idea dah ade sket2 nk buat baju mcm mane kan. tgk sana sini nak buat mcm ni. dah finalize dah designnyee. lepas tu kena hantar terus ke tailor lah...plan Disember this year!!~~~ Paklong Adam!~ dah x sabar nak pakai tu..hehehehe

B2B!~~

Wednesday, June 29, 2011

1 days to go

Alhamdulillah..tinggal sehari lagi... xsabar rasanya.... Emm..hari ni aku nak masak PAPRIK campur... dah lama x makan.. resepi ni amik dengan suee.... simple but SODAPPPP... petang ni balik keje, carik bahan2......

continue malam nie... untuk tgk hasil paprik.....

baju tunang : done

Done!!`` 4 baju tunang..Alhamdulillah.....akhirnya dah jumpa baju sweet. dah bayar deposit..dah tempah...and dah ambik dah kat tailor tu... simple je. warna putih/krim ngan sulam2 sket kat hujung. i like it very much... tingal nak tampal aksesori sikiit2 kat baju.... Untuk tunang ni aku pilih Baju Kebaya...Baju ni aku tempah kat Sri Serdang...Tempah RM75... simple but nice!~~..Untuk baju tunang ni, aku beli je kain cotton kaler krim...huhuhu.... sebenarnye nak kaler pink.

Hari tunye plan nak beli siap kan… tapi bila dah puas berjalan smpi longgar lutut ni, harga punya la mahal n tak cantik mana pun… kalau cantik harga pulak tersangat la mahal…saiz pun xde... terus tukar fikiran dari nak beli siap kepada tempah baju… ..huhuhu..last2 aku amek jugak kain cotton...nanti boleh pakai for next whatever event....tak nak membazir...huhuhu...

Aksesori: Ribuan terima Kasih yang tak terhingga buat BOSS2 ku yang sporting gile Kak Nora dan Ka Effa diatas pemberian Kerongsang untuk majlis aku nanti.... grand gile!!!..... cantikkk.....

Tailor:Ribuan terima Kasih yang tak terhingga jugak to Kak Ijan sebab carikan tailor..hehehe

Love,

AsBiey...

Thursday, June 23, 2011

Selamat Berbuka Puasa


Hari ni, saya berbuka puasa bersama kawan2 opis ~wani, ct zoob, najib~ dan bersama dia di AFN Cafe N Restaurant, No. 12, Jalan Pinggiran Putra 4A/1, Desa Pinggiran Putra 43000 Kajang, Selangor, Malaysia..... siap bagi full address lg tue... senang kot2 ada yang nak try makan kat sama.. makanan OK la... kena dengan selera...


Emm makanan yang kami order tuk berbuka......



Ni namanya : Kerabu Sotong..My Favret.... Musti oder....



Set Nasi + Tomyam Campur + Telur Dadar.

Tak sempat nak snap byk2 gambar..sebab makanan dah de daepan mata..tunggu azan jek...pastu azannn.... baca doa makan... Makan dluuuuuuuuuu.......


Love,

AsBiey

Sunday, June 19, 2011

Apa YAng PenTINg

TRUST
&

TOLERANCE

********miss him a lot*******

Saturday, June 18, 2011

Restoran A Hassan Sdn Bhd - Nasi Ayam Kampung

Lunch saya dan 'kawan' hari ni ialah Nasi Ayam Kampung di Restoran A Hassan Sdn Bhd. Ianya terletak di Seksyen 7, Jalam 7/1, Bangi. Haa..dienye induk terletak di Bandar Tun Rasak, Medan Selera, Velodrum.. Memang dah banyak kali saya nak buat review pasal makanan di restoran ni. Setiap kali datang sini saya sungguh teruja bila nampak lauk pauk yang terhidang. Memang menyelerakan... Rugi sape taknak cuba. Makanan kat sini semuanya selera kampung. Tengahari tadi bila 'kawan' ajak lunch di sini, memang saya senyum sampai ke telinga, hari-hari makan di sini pun takpe. Basically, makanan yg dihidangkan di sini adalah masakkan Melayu seperti ikan kembung bakar, masak lemak ayam, asam pedas ikan, sayur pucuk paku, daging tetel, dendeng, sambal belacan dan jugak ulam ulaman seperti petai rebus, kacang botol, jeruk bawang putih dan sebagainya.. Tapi, yang utama dan teristimewa di restoran ni ialah Ayam Kampung Goreng. Selalunya kalau datang sini, saya dan 'kawan'memang tak ambik lauk lain dah. Yang kitorang akan makanm ialah: Ayam Goreng Kampung, Sambal Belacan, Kari Daging, Air Sirap, Ulam2..... SLURPPPP!!!!!!


Ayam Kampung Goreng

Ini lah hidangan istimewa di restoran ni, Ayam Goreng Kampung. Ayam goreng ni memang nampak biasa jer, tapi rasa dia sangat sedap dan perfect. Dari dulu lagi saya tertanya-tanya macam mana goreng ayam ni sampai sedap sebegini rasa padahal tak ada rempah pun, macam goreng kosong jer, warna dia kecoklatan, lembut didalam dan agak garing diluar. Ayam goreng berempah pun tak dapat tandingi kesedapan ayam goreng di restoran ni, sebab tu semua orang yang datang makan disini, wajib makan ayam ni sekurang-kurangnya 2 ketul (saya makan 3 ketul).hehehe.


Sirap

Kalau tak salah saya restoran ni ada beberapa cawangan contohnya di Medan Selera Kampung Baru, Cheras, Puchong kalo x silap dan beberapa lokasi lain. Dibuka dari pukul 11am sehingga 5pm. Kat Shah alam ada...seksyen 13..kena pegi awal2..kalau tak penuh dgn orang.... :-)

So, kalau kawan-kawan nampak Restoran A Hassan Sdn Bhd, sila lah datang dan cuba sendiri kelazatan Ayam Kampung Goreng...

Friday, June 17, 2011

Raikan Cinta


Tomei Jewellery at Alamanda Putrajaya
Entry Raikan Cinta bahagian pertama yg pastinya akan ada sambungan episod seterusnya pada tahun hadapan........hehehehehe....

Footnote:I love him secara banyak :-)



Wednesday, June 15, 2011

Nora Elena


Kita hanya penonton kepada drama itu... kita tahu perasaan setiap pelakonnya... bagaimana jika drama itu kita yang hadapi... Samaada kita adalah Nora Elina, Seth atau pun Eid... mesti sukar untuk merungkaikan apa yang sedang kita alami itu bukan... melainkan biarkan saja semuanya berlaku... mungkin jalan cerita akan berbeza... namun... kenyataannya... kita hanya manusia biasa... tidak mampu melihat isi hati manusia lain... hati kita... hanya kita yang rasa...

1) Bersikap jujur itu bukan suatu yang mudah... kekadang... risikonya terlalu tinggi... namun... bagiku... biarlah apa yang terjadi... jujur harus tetap ada...
2) besar bukan pengaruh prasangka itu... tidak patut di ambil mudah kerna ianya dapat memusnahkan segalanya...segala-galanya yang dibina sekian lama...
3) Fitnah itu satu penyakit yang sedang menular deras dalam hidup manusia kini... mana pun kita lari akan ia kejar jua... bahaya... ya... terlalu bahaya fitnah itu... mampu menghancurkan segalanya... berhati-hatilah selalu...

:-)

Sahabat atau Kekasih...

Sahabat atau kekasih...
Dua peranan yang pastinya berbeza...
Namun manusia jika diberi pilihan...
Pasti tetap sukar memilih antara dua itu...

Menyingkap tabir malam...
Buat aku terkenangkannya...
Sahabat itu... yang telah berlalu pergi...
Kerna terpaksa memilih antara dua itu...


Namun nyata pilihanmu itu kekasih hati...
Maka aku dan mereka akur dengan itu...

Dulu... kamu tempat aku melepaskan hiba...
Dulu... kamu tempat aku tertawa bersama...

Kini... tiada lagi semuanya itu...
Kini... ia hanya secebis kenangan...

Namun... aku tidak pernah mengalah...
Masih menanti kepulanganmu di sini...
Biarpun seberapa lamanya dinanti...
Kerna ikatan ini harusnya abadi...

Indahnya Hari Ini...

Hari ini dan semalam... Hehe... Pnah dengar lagu tajuk tu?

Semalam... ada suka... ada duka...
Hari ini... indah terasa...
Esok... belum pasti bagaimana...

Dalam hidup kita... pelbagai kisah yang telah kita hadapi... sedang kita jalani... dan akan kita lalui... Semuanya akan meninggalkan kesan dalam hidup kita...

So... hargailah keindahan hari ini... kerna kita takkan tahu apa yang bakal ditempuhi esok hari... nikmatilah keindahan detik ini... bersama-sama... agar kenangan akan bersemi di esok hari...


"Indahnya hari ini bersamamu... Tiap detik bahagia dirasa..."

"Maaf itu tidak semudah pengucapannya..."

"Maaf......."




Ucapan maaf... satu kata yang sangat penting... kadang-kadang dalam sedar atau pun tidak... mungkin kita telah menyakiti hati sesiapa saja... terutama orang yang kita sayang... Samaada dari segi perbuatan, percakapan atau apa saja puncanya...

Kadang-kadang kita tidak sedar yang tingkah kita tu telah menyebabkan mereka terasa hati... pergi menjauh dari kita... tapi... apa yang termampu kita lakukan... hanyalah "maaf......"... tanpa tahu di mana silapnya...

Sunday, May 22, 2011

Terima Kasih Ibu

Ibu, kau permata hatiku
Kaulah yang selalu menemani diriku,
Tatkala gembira dan sedih mahupun suka duka,
Kaulah pengubat jiwa yang lara ini,
Ku selalu mendoakanmu ibu agar diberi rahmat Tuhan yang Esa.

Monday, May 2, 2011

``rancangan & penentuan`!!~~

assalamualaikum =)
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::


eh jap2.tadi ada dengar satu ceramah ni. dalam bahasa ganu.dia cakap yang kalau laki dah tanya nak jadikan seorang perempuan tu isteri dia dan si perempuan bersetuju maka hukum nya telah menjadi tunang orang... siapa masuk meminang adalah haram.

Untuk berkongsi:`!!~~



so maksudnya saya ini telah menjadi TUNANG orang la ye..ishk2....sila jangan masuk meminang saya ye orang lain kekeke... wait and see~

5 syawal, insyaAllah kalau tak ada aral melintang family dia datang rumah. alamakkkkkkkkkkkk macam mana ni.baru je menarik nafas lega. oyoyo. kena berlatih melayan tetamu la macam ni hihihihihihi....takut, berdebar, happy, semua ada....dah mula dah jantung ni.dubdabdubdab.phew~

huhuhu :-) Semoga apa yang dirancang akan berjalan dengan baik... aminnn......

Saturday, April 16, 2011

Tips menyayangi seseorang

1. Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ia akan gagal kerena perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.

2. Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia memang seorang yang istimewa dan biarkan ia kekal. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia kerena sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya kerena dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.

3. Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak berkorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sesekali coba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.

4. Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda me

rayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda kerena kelak, yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.

5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia kerena dia telah cukup sempurna semenjak anda mula terpikat padanya.

6. Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga mau begitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apa lagi dia.

7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerena selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.

8. BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.

9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan. Dia bukan hanya akan setakat menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa, ketahuilah bahwa jiwanya akan mati secara perlahan.

10. Jangan cepat berbangga dengan diri, memenangi hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda peroleh setelah anda berjaya menyayanginya sehingga ke akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah kerana dia percaya bahwa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha untuk memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah juga anda berusaha untuk terus menyintai dirinya dengan apapun keadaan.

Allah juga yang Maha mengetahui apa yang terbaik buat kita. Jika mencintai sesama manusia hanya mengundang kecewa dan sia2 jangan lah pula kita rasa putus asa. Jadi cubalah kita mencintai Allah nesaya Allah akan hadirkan buat kita cinta manusia yang sejati.

Luv,

AsBiey

HARI YANG PALING MENGEMBIRAKAN

Begitu juga hari bersilih ganti samaada hari itu kita nantikan ataupun tidak.

~TIADA APA YANG LEBIH BAHAGIA MELAINKAN DI SAYANGI OLEH MU YA ALLAH~

Luv,

AsBiey

Friday, April 15, 2011

Mee kari special


Bahan-bahan:
1kg mee kuning - dicelur
1/2 ekor ayam - dipotong kecil
5 sudu besar rempah kari ayam - dicampurkan dengan sedikit air panas supaya menjadi pes
2 sudu besar serbuk cili atau cili kisar
1 sudu kecil serbuk kunyit
1.5 - 2 liter santan
100gm fish ball - dibelah 2
2 keping fish cake - dihiris
5 keping tahu kering - dihiris
200gm kerang atau mussel - direbus
2 keping asam keping
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

Bahan2 hiasan:
sawi secukupnya - dipotong dan dicelur
taugeh secukupnya - celur atau tidak bergantung pada selera masing2
4 tangkai cili merah - dihiris
4 tangkai cili hijau - dihiris
bawang goreng secukupnya
limau kasturi secukupnya - dibelah 2

Bahan2 tumis:
2 batang serai - diketuk
5 ulas bawang merah - dimayang
1 ulas bawang putih - dimayang
2cm kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang

Bahan2 kisar:
2.5cm halia
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

cara:
  • panaskan minyak
  • masukkan bahan2 tumis dan goreng sehingga garing dan wangi
  • kemudian masukkan bahan2 kisar, pes serbuk kari, serbuk cili dan serbuk kunyit
  • kacau sehingga sebati dan pecah minyak (pastikan sampai pecah minyak dan garing barulah sedap)
  • masukkan santan, ayam dan asam keping
  • biarkan sehingga ayam empuk dan kuah pecah minyak barulah dimasukkan fish ball, fish cake, tahu kering, kerang dan garam secukup rasa
  • biarkan kuah mendidih seketika barulah di matikan api oven
  • cara menghidang mee: masukkan mee di dalam mangkuk dan bahan2 hiasan. kemudian tuangkan kuah kari di atasnya
  • hidangkan panas2

Bahagia Itu Apabila Membahagiakan

"Love is verb –"

Kita tidak akan bahagia selagi orang di sisi kita tidak bahagia. Pegang kata-kata itu. Impilikasinya, untuk kita bahagia, carilah orang yang paling hampir dengan kita dan bahagiaakanlah mereka. Hanya setelah itu, barulah kita akan merasa bahagia. Sesungguhnya bahagia itu bukan "benda" yang akan berkurang bila diberikan, tetapi ia umpama cahaya yang semakin "diberikan" akan bertambah terangnya. Kata bijak pandai, dengan menyalakan lilin orang lain, lilin kita tidak akan padam... tetapi kita akan mendapat lebih banyak cahaya.

Siapakah orang yang paling hampir? Siapakah yang paling layak kita berikan bahagia? Selain kedua ibu-bapa (bagi seorang lelaki), maka isterinyalah yang paling utama diberikan kebahagiaan itu. Jika isteri yang di sisi tidak bahagia, jangan harap kita boleh membahagiakan orang lain. Dan paling penting, jika isteri sudah menderita itu juga petanda yang kita juga menderita – ingat, kita tidak akan bahagia selagi orang di sisi kita tidak bahagia.

Apakah langkah pertama untuk membahagiakan isteri? Ya, pertama, hargailah kehadirannya. Rasakan benar-benar bahawa sidia adalah anugerah Allah yang paling berharga. Jodoh pertemuan itu di tangan Tuhan, justeru dia adalah anugerah khusus daripada-Nya buat teman hidup kita sepanjang kembara di dunia. Isteri kita ialah jawapan Tuhan pada doa yang selalu kita pohonkan.

Ingatlah bahawa yang paling berharga di dalam rumah kita bukannya perabot, bukan peralatan eletronik, komputer ataupun barang-barang antik yang lain. Yang paling berharga ialah manusianya – isteri atau suami kita itu. Itulah" modal insan" yang sewajarnya lebih kita hargai daripada segala-galanya. Tetapi benarkah kita telah menghargai isteri atau suami lebih daripada barang-barang berharga di rumah kita?

Sayang sekali, lain yang difikirkan lain pula yang dirasa. Cuba renanungkan, berapa ramai para suami yang lebih prihatin tentang perasaan isteri berbanding 'keadaan' keretanya. Batuk isteri yang berpanjangan semacam tidak kedengaran. "Batuk" kereta yang sedikit cepat-cepat dihantar ke "workshop" untuk diselenggarakan.

Itu belum dikira lagi kaki pancing yang setiap hujung minggu berkepit dengan joran dan umpan tetapi membiarkan anak-anak dan isteri kesepian di rumah. Atau para isteri yang leka dengan aorkid dan barang antik, dibelek dan dikelek siang malam, sedangkan suami terbiar tanpa ditanya perasaan dan didengar luahan hatinya.

Bila kereta 'aneh' sedikit bunyinya, cepat-cepat diusung ke workshop, dibetulkan enjin, ditunekan semula bunyinya. Tetapi isteri yang batuk-batuk, lenguh dan sembab dibiarkan... alasannya, itu memang adat, badan dah tua. Itu belum dikira yang 'workoholic' – bekerja siang, malam, tak kenal cuti dan rehat... Bila ditanya mengapa begitu sibok? Dia menjawab, demi isteri. Padahal, dia bekerja sampai ke tahap mengabaikan isteri. Aneh juga, ada yang mencari duit sampai tidak sempat menikmati duit. Bila duit sudah terkumpul, kesihatan sudah tergadai, rumah tangga sudah berkecai, isteri telah terabai.

Sesetengah bertanya? Bagaimana kita boleh mengharagai pasangan kita. Insya-Allah, bila ada kemahuan pasti ada jalan. Dunia akan menyediakan jalan kepada orang yang mempunyai tujuan. Kata orang, kasih, cinta dan sayang umpama aliran air, sentiasa tahu ke arah mana ia hendak mengalir. Mulakan dengan memandangnya dengan pandangan kasih... mungkin wajah isteri kita sudah kedut, tetapi rasakanlah mungkin separuh "kedutan" itu kerana memikirkan kesusahan bersama kita. Mungkin uban telah penuh di kepala suami kita, tetapi uban itu "mercu tanda" pengorbanannya membina rumah tangga dan keluarga kita.

Itulah pandangan mata hati namanya. Kalau dulu semasa awal bercinta, pandangan kita dari mata turun ke hati. Tetapi kini setelah lama bersama, pandangan kita mesti lebih murni. Tidak dari mata turun ke hati lagi, tetapi sudah dari hati "turun" ke mata. Yang kita lihat bukan "body" tetapi budi. Yang kita pandang bukan urat, tulang dan daging lagi... tetapi suatu yang murni dan hakiki – kasih, kasihan, cinta, sayang, mesra, ceria, duka, gagal, jaya, pengorbanan, penderitaan – dalam jiwanya yang melakarkan sejarah kehidupan berumah tangga bersama kita!

Daripada pandangan mata hati itulah lahirlah sikap dan tindakan. Love is verb – cinta itu tindakan. Kata penyair bila sudah cinta, ingin dipintal awan-gemawan untuk dijadikan kerosang di dada isteri, ingin dijadikan rembulan untuk menjadi lentera teman beradunya, mentari sebagai sinar dalam duka dan nestanya... Ah, kita tidak payah mengajar cara apabila sudah cinta. Kerana dalam cinta itu sudah menyala kemahuan.

Mungkin sikaya pulang bersama cincin permata untuk menghargai siisteri. Atau petani hanya membawa sebiji mangga untuk dimakan bersama sang "permaisuri". Buruh yang pulang bersama keringat disambut senyuman dan dihadiahkan seteguk air sejuk oleh isteri tentunya lebih bahagia dan dihargai oleh seorang jutawan yang disambut di muka pintu villanya tetapi hanya oleh seorang "orang gaji". Begitulah ajaibnya cinta yang dicipta Allah, ia hanya boleh dinikmati oleh hati yang suci. Ia terlalu mahal harganya. Intan, permata tidak akan mampu membeli cinta!

Hargailah sesuatu selagi ia masih di depan mata. Begitu selalu pesan cerdikiawan dan pujangga. Malangnya, kita selalu lepas pandang. Sesuatu yang 'terlalu' dekat, kekadang lebih sukar dilihat dengan jelas. Isteri di depan mata, tidak dihargai. Kajian menunjukkan bahawa para suami di Amerika lebih banyak meluangkan masa menonton TV daripada bercakap dengan isteri. Di sini apa kurangnya, tiga jam menonton TV bersama tanpa sepatahpun berbual. Suami dan isteri sibok melayani fikiran sendiri walaupun duduk hanya berselang beberapa inci.

Malah, bila berjauhan pun kekadang terlalu lokek bertanyakan berita. Jika duduk berjauhan, masa berSMS dengan teman lebih banyak berbanding dengan isteri. No news is a good news. Begitu selalunya, rasa di hati. Tetapi bila isteri atau suami diserang "sakit" – katalah hilang keupayaan bercakap dan bergerak, maka ketika itu puaslah kita menangis kerana tidak dapat mendengar suaranya lagi. Waktu itu barulah duduk di tepi katil hospital, merenung mata isteri atau suami kita yang berkelip-kelip, tanpa kata, tanpa suara...

Hidup terlalu singkat. Hidup hanya sekali. Yang pergi tak kan kembali. Yang hilang, mungkin tumbuh lagi... Tetapi tidak semua perkara akan tumbuh semula. Apakah ibu-bapa yang 'hilang' akan berganti? Apakah anak, isteri, suami yang 'pergi'... akan pulang semula? Jadi, hargailah semuanya selama segalanya masih ada. Pulanglah ke rumah dengan ceria, tebarkan salam, lebarkan senyuman. Mungkin esok, anda tidak 'pulang' atau tidak ada lagi sidia yang setia menunggu di sebalik pintu. Mungkin anda 'pergi' atau dia yang 'pergi'. Hargailah nyawa dan kehidupan dengan sayang dan cinta. Kita tidak akan bahagia, selagi orang di sisi kita tidak bahagia!

- Artikel iluvislam.com

TiPs kE RuMaH sI DiA.. EhEmMmmmmmmm......

Eheemmmm… si dia mengajak anda beraya ke rumahnya!

Saya pasti ramai yang menunggu detik ini, kan? Hari demi hari dihitung dengan penuh debaran….. Perasaan gembira, panik, gelabah dan seronok pasti bercampur gaul. Maklumlah, saat inilah yang merupakan masa yang sesuai sekali untuk memperkenalkan pujaan hati kepada kaum keluarga, bukan!

Baju mana yang nak di pakai? Tudung pula perlu ‘matching’ dengan baju…… Iyerlah, pertama kali bertemu muka dengan ‘bakal mertua’. Semua perlu dipelihara. Penampilan diri, tutur kata dan tata tertib harus dijaga. Lebih-lebih lagi jika si dia beribukan ‘mak datin’…. Naya kalau ada hati yang tak berkenan. Silap-silap anda akan mendapat ‘lampu merah’!

Tip 1 : Jaga Penampilan – Pakai baju yang macam baju

Fikirkan pakaian yang sesuai untuk dipakai pada hari tersebut. Lagi bagus jika anda membuat persediaan awal supaya tidak kelam-kabut pada hari yang dijanjikan itu. Pastikan pakaian anda kemas dan sedap mata memandang. Takkan sekadar T-shirt dan ‘jeans’ sahaja, kot! Alangkah manisnya jika berbaju kurung bagi wanita dan segaknya si jejaka dengan berbaju Melayu. Pasti terserlah penampilan diri anda di hadapan keluarganya.

Tip 2 : Bawa Teman – Teman yang bleh dipercayai (bukan teman yang ber’tanduk’ dua)

Elok jika anda membawa teman ke rumah si dia. Barulah hilang sedikit perasaan segan jika ke sana keseorangan. Lagipun, anda pasti tidak mahu nampak ketara sangat mempunyai hubungan dengan anak mereka jika dikenalkan sebagai kawan-kawan. Seorang dua peneman rasanya sudah memadai.Tapi jangan pula membawa terlalu ramai kerana bimbang hilang pula keistimewaan anda di mata keluarganya.

Tip 3 : Kenali Ahli Keluarganya – Lepas ni jangan plak buat2 tak kenal bila jumpa kat pekan

Teman anda tentu selalu bercerita tentang ahli keluarganya. Cuba ingati nama mereka kerana ia boleh membantu anda semasa sesi perkenalan di rumahnya nanti. Tunjukkan bahawa anda benar-benar berminat untuk mengenali mereka. Jika mereka dapat melihat keikhlasan hati anda, pasti anda mendapat ‘green light’ untuk masuk ke dalam keluarga si dia.

Tip 4 : Jaga Adab Sopan – Makan sikit je walaupun tengah lapor tak makan seminggu

‘First impression’ selalunya memainkan peranan besar yang boleh menguntungkan atau merugikan anda. Peliharalah adab tertib anda terutamanya di hadapan ibu bapanya. Mulakan dengan bersalam sebagai tanda hormat pada mereka. Hati mereka pasti berbunga jika bermenantukan anda yang mempunya budi pekerti dan sopan santun yang tinggi.

Tip 5 : Bersikap Ramah Mesra – Ramah tapi tak mesra pon bleh kalau rasa korang main2 je dlm hubungan ni

Mulakan perbualan dengan bertanya khabar. Mungkin tentang ahli keluarganya atau kerjaya ibu bapanya (walaupun anda pasti sudah mengetahuinya) . Jangan berbual kosong kerana ia kadang-kadang membuat anda ‘merapu’. Dan jangan terlalu ‘excited’ semasa berbual kerana kadang-kadang kita boleh tersilap cakap yang mana ia boleh mengeruhkan perhubungan!

Tip 6 : Murahkan Senyuman – Senyumlah-senyumlah wahai cik mek molek

Jangan panik semasa bersemuka dengan keluarganya. Tingkatkan keyakinan anda dengan memberikan senyuman. Anda pasti tidak mahu dikata sombong, bukan? Kadang kala senyum boleh menutup sikap malu dan pendiam dalam diri anda. Tapi awas, jangan asyik tersenyum macam ‘kerang busuk’ pulak!

Tip 7 : Sediakan Buah Tangan – Buah tangan je jgn plak kasi buah buku lima

Adab menziarah, buah tangan pasti dihulur. Tanda menghormati rumah yang dikunjungi. Ringankan tangan anda membawa sedikit buah tangan agar tuan rumah rasa dihargai. Lebih-lagi orang tuanya tentu sukakan ‘bakal menantu’ yang bersikap pemurah. Malah, bonus bagi anda jika menyediakan sedikit ‘duit raya’ untuk bakal adik-adik ipar, kan!”

Luv,

AsBiey...

Monday, April 11, 2011

My BeLOvED waLLeT


this My BeLOvED waLLeT...tenkss kepada yang mem'paid' untuk saye..


Luv,

Asbiey

Thursday, April 7, 2011

~Langkawi 1- 3 APRIL 11~


Second Day : Idaman Suri

Ok.. ini satu lagi tempat shopping untuk kami. Kami pergi masa second day kat Langkawi after habis taklimat. Memang hari pertama kat sana mmg kami dah plan nak pegi la kan kat idaman suri ni. Sekalinya, bila semua dah pergi, mak aihhh.. sampai tak tahu nak beli apa. Mac

am-macam jenis pinggang mangkuk, periuk belanga ada disetiap penjuru.. WAHHHH!!!!. Macam nak beli seme yg berkenan. Tu nasib beringat yang kita bukan naik kereta datang ke Langkawi ni. Kalau tak, rasa mau gak di hangkut 1 bangunan tuh. hahhahahahhaha. Huhuhuhu..kiteorg pwgi langkawi nek bas jek. Pastu amik Feri... adaka patut? hehehhehehe...

Okeh.. apa yang ada kat idaman suri ni?

Macam-macam jugak. Rasa macam lebih kurang je la kat HIG. Cuma kat sini ada yang latest collection la bak kata promoter tu. and bila dia tengok price kat Langkawi nih, memang murah. So, apa lagi… masing-masing beli tu.. (aku ngn wani jek). Pastu periuk semua harga not bad la.. tofel?

ntah apa ke nama dia saya tak tau, tapi kawan saya si Hafiz tau, dia c

kp pun murah.

Untuk set pinggan mangkuk, saya suka sangat la dengan yang jenisbulat...Berkenan jugak si CORRELE corak sakura... 1 set RM499 + gift. PK punye pk, x jadi amik set pinggan mangkuk..huhuhu... last2...si CORNINGWARE, corak Sakura + gift 6 pieces jugak aku bawak pulang ke PUTRAJAYA. Price..Not Bad.. RM259 + gift Pyrex 3 set.... Biru untuk idaman suri, hijau untuk HIG.....ƗƗɐƗƗɐƗƗɐƗƗɐƗƗɐƗƗɐ "̮

+ Free GIFT Yg COmEy

Kesimpulannyee yang 2 tempat tu memang femes punyer tempat untuk orang

membeli belah nih. :)


luv,

asBiey