Saturday, September 3, 2011

Selesai Sudah Majlis Pertunanganku


Alhamdulillah, hari Sabtu, 03 September 2011, bersamaan 5 Syawal, berjaya juga saya menghadiahkan bakal menantu kepada mak saya..Rase cam xpercaye plak aku nie da bertunang ngan En TunangKu. :-)

Tibalah saat2 yang dinantikan ....
03 September 2011
Majlis Pertunanganku Asilah & Ridzwan
yang berlangsung di PasirPuteh, Kelantan.
Majlis diadakan sekitar pukul 11.30 pagi.

Sanak saudara dan jiran tetangga sudah berkumpul seawal
pagi untuk meraikan Majlis Pertunangan Ku.
Kedengaran suara2 tetamu yang hadir tidak putus2..

Perasaan semakin berdebar2 pabila saudara & rakan
memberitahu bahawa majlis sedang bermula.
Makin berdebar2 hatiku ini.
Wah,.. hanya orang2 yang penah mengalaminya akan merasa
perasaan aku ketika itu.

Majlis berjalan secara lancar.
Antara topik2 perbincangan ialah Jumlah duit hantaran & tarikh
perlansungan pernikahan & perkahwinan.

Aduh... tiba2 nama Aku dipanggil untuk keluar.
Sebab sesi perbincangan sudah pun selesai.
Mak aai... makin berdegup laju jantung dibuatnyer.
Menggigil kaki..huhuhu.
Apa2 pun , " Control Cun " maa... haha..
Sampai dibawah je, seribu pasang mata yang memandang aku ketika itu.

Sesi menyarung cincin telah pun berlangsung.
Mak En Tunang yang menyarungkan cincin ke jariku.
Disaksikan oleh semua tetamu yang hadir.

Majlis selesai kira2 lebih kurang pukul 2.30 petang.
Alhamdulillah.. semuanya berjalan seperti yang dirancangkan.
Terima kasih kepada Ma, Abah, adik beradikKU
dan semua yang terlibat...

Doakan semoga kami bahagia hingga ke akhir hayat & semoga dipermudahkan serta dilancarkan segale2nye utk menuju hari bahagia..;)

Syukur kpd Allah di atas ketentuanNya.. Allah lebih mengetahui apa yg terbaik utkku & aku yakin, Allah itu maha mengetahui sesuatu yg aku tidak tahu & aku hanya berserah kpdMu ya Allah.. Semoga dipermudahkan segala urusanku di dunia & di akhirat. TQ Allah..