Daisypath Friendship tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Wedding tickers
Lilypie Pregnancy tickers
Lilypie First Birthday tickers

Monday, July 2, 2012

Terima kasih ya Allah, terima kasih suamiku..



Sejak saya mengandung,selain selalu terkenang pada mak dan ayah atas pengorbanan mereka yang saya rasainya kini,orang yang paling banyak berkorban dan bersabar dengan saya adalah suami saya.Orang yang sangat tabah,redha berdepan dengan segala kerenah masalah fizikal kesihatan dan emosi spiritual saya yang sentiasa turun naik tidak stabil.

Melihat suami saya mengingatkan saya untuk sentiasa BERSYUKUR pada ALLAH yang meminjamkan dia pada saya.Tak dapat saya bayangkan bagaimana isteri-isteri lain yang mengandung tanpa suami disisi.Mereka insan terpilih kerana saya tak mampu dan tak sekuat itu.Apatah lagi,yang termengandung tanpa suami.Apalah perasaan mereka,hanya Allah yang tahu.