Daisypath Friendship tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Wedding tickers
Lilypie Pregnancy tickers
Lilypie First Birthday tickers

Monday, December 24, 2012

Set Bersalin


Asyik beli barang baby jer..barang ibu baby pun sama pentingnya kan. Lepas bersalin, ibu baby kena pantang. Berpantang ni bukan setakat jaga makan minum / pakai stoking jer. Banyak benda lain kena amalkan. Kalau tak jaga kang..memang ada kesan jangka panjang. Ramai yang ingatkan saya pasal benda ni…..my sis, friends and sedara mara. Diorang kata..pantang betul-betul..jangan ngelat. Yer..saya cuba.


So, kena lar cari apa benda yang perlu ada time pantang. Saya pun tanya kat my sis and kawan-kawan yang dah ada pengalaman pantang..and of course google kat internet… Owh! Ada banyak set bersalin kat pasaran sekarang.. kebanyakannya complete set. Tak yah susah-susah kuar masuk kampung,  cari akar kayu/herba segala.
Produk-produk set bersalin ni tak sama. Ikut pengeluar. Ada yang siap ngan tungku sekali. Ada yang sekali ngan jamu. Ada yang siap ngan bengkung.  Harga pun tak sama.  Lagi- lagi kalau beli online. Tengok pada yang menjual tu. Kadang-kadang diorang buat promosi, memang dapat murah. Kat kedai-kedai jamu pun ada jual set bersalin ni. Kalau pandai tawar, leh dapat murah jugak.
Antara set bersalin yang ada kat pasaran:
  • Set bersalin jamu Selapan Mustika Ratu – Harga set biasa: RM119.00. Satu set ada 7 item.
  • Set bersalin Amway – Harga: RM 293.00. Satu set ada 10 item.
  • Set bersalin Leesa Formula – Harga berbeza ikut pakej. Harga untuk pakej lengkap: RM 350. 00. Pakej lengkap ada 8 item.
  • Set bersalin Ibu Halimah – Harga: RM360.00 . Satu set ada 9 item.
  • Set bersalin Tanamera – Harga: RM360.00. Satu set ada 11 item.
  • Set bersalin Nona Roguy – Harga: RM365.00. Satu set ada 6 item.
  • Set bersalin Sendayu Tinggi – Harga Pakej 60 hari: RM 386.00. Satu set ada 11 item.
  • Set bersalin Bhidan – Harga: RM350.00 . Satu set ada 7 item.
Diulangi, harga kat atas ni berbeza ikut yang menjual. Kalau pandai cari, memang dapat lagi murah dari harga di atas. Lagi-lagi time ada promotion. Pastu, setiap pengeluar, set dia tak sama. Terpulang la nak amalkan pakai apa time berpantang nanti. Macam saya, saya nak elakkan makan jamu..so set bersalin yang saya beli memang takder jamu. Set bersalin TANAMERA ~ Postnatal Care Set.

Mahal? Yup, memang mahal!  Pikir banyak kali jugak sebelum beli ni… bincang banyak-banyak kali ngan En Suami. Dia kata, kalau betul benda tu elok..belilah. Lagipun, bukan selalu. Time nak bayar, tutup sebelah mata... ;-)

Macam set bersalin yang lain, Set bersalin Tanamera ni guna herba dan bahan semula jadi.
Set bersalin Tanamera ni ada:
  1. Feminine Herbal Wash (Herba Pembersih Wanita) : untuk mencuci miss V selepas bersalin.
  2. Herbal Massage Oil (minyak urut herba)
  3. Firming Herbal Blend Paste (tapel) : pes herba yang disapu pada perut sebelum memakai bengkung
  4. Abdominal Wrap (bengkung)
  5. Herbal Tea (teh herba)
  6. Calming Herbal Blend Paste (pilis) : pes herba yang disapu pada dahi
  7. Boreh Body Scrub (Skrub badan boreh)
  8. Brown Formulation Soap (Sabun mandi herba)
  9. Herbal Bath (Herba Mandian)
  10. Cold Pressed Virgin Coconut Oil (Minyak Kelapa Dara): banyak kegunaan minyak nih, antaranya: boleh disapu pada miss V sebagai persediaan bersalin.
  11. Lavender Floral Water (Air bunga lavendar) – menghilangkan angin dan mengurangkan tekanan.
Set ni siap ada buku yang terangkan kandungan produk, khasiat dan cara penggunaan. So, time nak guna, leh refer buku tu jer. InsyaAllah, saya harap produk-produk ni boleh bantu saya time berpantang nanti…
Sebelum saya beli set ni, memang saya google pasal produk ni jer. So far…takder yang complain. Yang bagi testimoni pun kata set bersalin ni best. Antara produk yang banyak jadi sebutan:  Cold Pressed Virgin Coconut Oil Tanamera  mampu memudahkan proses kelahiran. Amalkan sapu minyak ni kat area miss V 3- 4 minggu sebelum bersalin, untuk membantu mempercepatkan bukaan and koyak pun tak banyak. Nak minum minyak ni pun boleh. Macam minyak selusuh gitu. Uih..ni kena start amalkan sekarang ni. Then, ramai kata minyak ni boleh kurangkan stretch mark juga.
Pastu ada yang kata .Brown Formulation Soap boleh mencerahkan kawasan yang gelap. . Another one, herbal tea – membantu proses buang angin dan juga pencernaan.
Kalau nak baca testimoni orang yang guna produk ni, leh cari kat facebook: TANAMERA Postnatal Care set atau klik sini untuk pergi ke website diorang. Kalau betul produk ni ok..saya akan buat testimoni jugak.
Set ni disediakan untuk 14 hari penggunaan jer. And ikut buku panduan yang diberi, start pakai produk-produk ni hari ke-5 selepas bersalin. Kebanyakan item dalam set ni ada 14 sachet sahaja. Sehari satu sachet. Maknanya, hari ke-20 selepas bersalin, yang mana yang dah habis tu, maknanya dah tak yah pakai lagi.
Produk TANAMERA memang dirumus untuk membantu ibu yang baru bersalin memulihkan badan mereka DALAM MASA YANG LEBIH SINGKAT. So, bila dah habis, tak yah beli lagi pun tak apa. Tapi kalau nak continue, itu lebih bagus.
Sekian, review set bersalin Tanamera yang tak berilmiah.... :-)



0 comments: