Wednesday, June 12, 2013

Cara-cara Nak Panaskan Susu Perahan Beku (Frozen EBM)

Khas buat ibu-ibu yang baru mengenali alam penyusuan, juga kepada pengasuh bayi-bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya. 

Cara pengendalian susu perahan ni penting untuk mengelakkan khasiat susu perahan kita berkurangan atau hilang. Di sini ada sedikit panduan buat anda yg akan keluar meninggalkan bayi bersama pengasuh masing-masing. Semoga ia berguna untuk anda. Anda juga perlu melatih pengasuh bayi agar mematuhi langkah-langkah pemanasan susu perahan beku.  :)

Langkah-langkahnya:

1. Keluarkan pek susu beku mengikut keperluan anak anda - Biasa saya akan keluarkan malam, letak di chiller. Esok comfirm cair. Tapi ni utk guna keesokan hari nya.

2. Untuk mencairkan susu beku, rendam dalam semangkuk air atau lalu kan di bawah air paip - ini cara utk cairkan cepat susu ibu dan terus boleh guna.

3. Tuang susu yang telah cair ke dalam botol susu - ikut keperluan bayi. jika bayi kecik lagi, minum tak banyak. Biasa 2- 3 oz sahaja, yang selebihnya simpan dalam peti ais semula ( chiller ). Susu yang sudah dicairkan boleh gune 24jam jika tidak dipanaskan.

4. Panaskan susu sama ada menggunakan warmer atau rendam dalam semangkuku air suam (nisbah 1 cawan air panas 1/2 cawan air sejuk) - tak boleh panaskan atas dapur atau dalam microwave. Suhu x boleh terlalu panas, nanti khasiat susu kurang.

5. Selalu periksa suhu susu sebelum memberikan kepada anak anda - kena cek ye supaya x la panaskan bayi kita minum susu. Nanti melecur plak mulut dia.

6. Terus bagi bayi anda minum susu. ^_^


Saya adalah pengedar sah Shaklee anda. Saya membuat penghantaran ke seluruh Malaysia.


Boleh hubungi saya di:

Email: biey_ila@yahoo.com.sg atau 
FB : As Biey untuk sebarang pertanyaan.

I LoVE BreASTfEediNG