Daisypath Friendship tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Wedding tickers
Lilypie Pregnancy tickers
Lilypie First Birthday tickers

Sunday, August 18, 2013

SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR








 

Untuk order:

Hubungi saya untuk pertanyaan lebih lanjut:
asbiey/ridzmax | ID: 

Call/SMS/Whatsapp 013-82047971
Email: abiey_ila@yahoo.com; ridzmax@gmail.com
FB: asbiey / ridzmax
Page : Vitamin Bonanza - Shaklee

Wednesday, June 12, 2013

Cara-cara Nak Panaskan Susu Perahan Beku (Frozen EBM)

Khas buat ibu-ibu yang baru mengenali alam penyusuan, juga kepada pengasuh bayi-bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya. 

Cara pengendalian susu perahan ni penting untuk mengelakkan khasiat susu perahan kita berkurangan atau hilang. Di sini ada sedikit panduan buat anda yg akan keluar meninggalkan bayi bersama pengasuh masing-masing. Semoga ia berguna untuk anda. Anda juga perlu melatih pengasuh bayi agar mematuhi langkah-langkah pemanasan susu perahan beku.  :)

Langkah-langkahnya:

1. Keluarkan pek susu beku mengikut keperluan anak anda - Biasa saya akan keluarkan malam, letak di chiller. Esok comfirm cair. Tapi ni utk guna keesokan hari nya.

2. Untuk mencairkan susu beku, rendam dalam semangkuk air atau lalu kan di bawah air paip - ini cara utk cairkan cepat susu ibu dan terus boleh guna.

3. Tuang susu yang telah cair ke dalam botol susu - ikut keperluan bayi. jika bayi kecik lagi, minum tak banyak. Biasa 2- 3 oz sahaja, yang selebihnya simpan dalam peti ais semula ( chiller ). Susu yang sudah dicairkan boleh gune 24jam jika tidak dipanaskan.

4. Panaskan susu sama ada menggunakan warmer atau rendam dalam semangkuku air suam (nisbah 1 cawan air panas 1/2 cawan air sejuk) - tak boleh panaskan atas dapur atau dalam microwave. Suhu x boleh terlalu panas, nanti khasiat susu kurang.

5. Selalu periksa suhu susu sebelum memberikan kepada anak anda - kena cek ye supaya x la panaskan bayi kita minum susu. Nanti melecur plak mulut dia.

6. Terus bagi bayi anda minum susu. ^_^


Saya adalah pengedar sah Shaklee anda. Saya membuat penghantaran ke seluruh Malaysia.


Boleh hubungi saya di:

Email: biey_ila@yahoo.com.sg atau 
FB : As Biey untuk sebarang pertanyaan.

I LoVE BreASTfEediNG


Sunday, May 26, 2013

Hari Pertama Bekerja Selepas Sekian Lama bercuti

Assalammualaikum.

Baru satu jam. Saya sudah merindui Akif Fawwaz
Ya Allah. Aku memohon perlindungan Mu ke atas anakku dari segala tingkah laku yang tidak baik, dari segala tindak perbuatan yang tidak baik dari segala nafsu yang tidak baik, dari segala macam penyakit yang berbahaya.

Untuk Mu Sayang... Mama Sayang Akif


"Ya Allah, peliharalah Muhammad Akif Fawwaz, dan sihatkanlah ia. Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu.

Ya Allah, jadikankah Muhammad Akif Fawwaz sihat dan sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis, dengan berkat Nabi Muhammad SAW dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."

Amin.

Monday, May 20, 2013

Stok EBM

Alhamdulillah, syukur...:)



Basically, maser Mama nak start buat stok susu dulu, ever since pregnant, memang Mama dah berniat nak menyusukan Akif ....so, Mama just korek ilmu from internet and bertanyerkan orang yang pam susu kat office...:)

Okey, camner nak buat stok susu? Actually, biler nak start buat stok susu, kalau boleh start early. Means, selepas 2 minggu melahirkan anak, dah boleh start buat stok. Normally, after dah 2 minggu beranak, memang susu badan dah well expressed, and Insya Allah, kalau consistent buggy susu badan after dah beranak, time-time camnie, memang susu badan tengah melimpah ruah. So, it's the best time nak start buat stok susu...:)

Alhamdulillah..syukur bila mengamalkan vitamin Shaklee dengan konsisten dan berjaya menambah susu badan. 

✿ ESP + VITA LEA + ALFALFA + OSTEMATRIX ✿

Ya Allah, Engkau permudahkanlah Ya Allah perjalanan kami Ibu-Ibu menyusu untuk menyusukan anak kami hanya dengan susu ibu... Meriahkan susu kami & berikan kami kekuatan, kesabaran & kesihatan yang baik... Amin..

Wednesday, May 15, 2013

Akif is 3 months young

Sekejap je rasanya masa berlalu. Hari ni genap umur Akif Fawwaz 3 bulan. Masih terlalu muda, masih terlalu mentah. Tak faham apa2 pun lagi dengan kehidupan yang sedang dia lalui. Aku cuma mahu dia tau, walau apapun dugaan & rintangan, dengan izin dari Allah, aku akan cuba besarkan dia sebaik mungkin. Semoga dia terus membesar dengan sihat dan happy selalu.

Pada Allah aku hari2 panjatkan doa dan kesyukuran. Ini ialah hadiah dari Allah yang aku nantikan. Biar walau nyawa aku jadi galang gantinya, aku sanggup. Asalkan dia terus bahagia dalam jagaan kami yang sentiasa menyayanginya.

Happy 3 month young my dear..

Monday, May 6, 2013

Akif & Mama Akif


Bergambar bersama mama....




Saturday, April 20, 2013

Fes toys tuk Akif...


Akif dan mainan barunye.....


coming soon..... :-)



Monday, April 15, 2013

Cucuk 2 bulan | Akif Fawwaz |



~Saya dah 2 Month~

Assalamualaikum.... tiktoktiktok dah dua bulan Akif, sekejap je rasa....tak sabar nak tunggu Akif besar sikit nak bawa Akif pergi play ground... :) berbalik pada tajuk entry. temujanji dengan Klinik Kesihatan Desa Kampung Jelor (15/04/13 iaitu semalam..

Pagi-pagi dah bagi Akif mandi comel2....anak ibu mesti comel..even baru bangun tido..tak la awal sangat around pkul 8.30am.. kol 9 setengah dah habis cucuk. Sebabnye klinik dekat sangat dgn rumah.  budak kecik ni rilek je...sebab dia tak tau yang dia nak kena cucuk...hati ibu ni alahaiiiii risauuuuu.....doa banyak tak nak demam kesian akif tau...Alhamdulillah around 9.30am dah settle semua... timbang ukur tinggi and cucuk, sekejap ja urusan dekat sini.... as usual anak mama ni mmg kuat....senang nak handle, sekejap ja nangis time cucuk...uwekkkkkkkk!!! pastu diam trus....hahahhaha...anak mama kuat... lepas ni next check up n cucuk Akif 15/05/13 untuk cucuk 3 bulan.

Berat terkini adalah 5.01 KILO!!! 

So far Akif takdelah pulak panas-panas badan ke apa. Cuma malam tadi dia meragam sikit. Mata ngantok tapi takmau tido atas tilam dia. Nak tido berpeluk. Maka aku kendonglah dulu sampai dia betul betul lena then baru aku letak atas tilam. Lena tidonya. Bangun pukul 4 pagi untuk minum susu, Then pukul 5 tido balik sampailah 9.30 pagi. Sebenarnya jauh di sudut hari aku kalau boleh tak mau akif demam. Entahlah..tengok dia merengek rengek semalam pun hati dah meruntun sayu. Kalau akif demam?? Mau mama dia yang menangis dulu. Huhu.. Dahla papa akif jauh...huhuhu...Tapi bila bangun pagi tengok anak senyum ceria je... Mungkin Efek suntikan tu pada Akif kejap jek. Tak melarat larat.

  




Sunday, March 10, 2013

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan En.Suami Tersayang ..





Alhamdulillah .. hari ini (11/3/2013) genap usia perkahwinan kami setahun .. syukur ke hadrat Ilahi kerana mengurniakan kebahagiaan yang jitu dalam kami melayari bahtera rumahtangga ini .. dan semoga kebahagiaan ini berkekalan hingga ke akhir hayat dan seterusnya hingga ke syurga ... amin .. amin .. 



Ya Allah .. berikan lah kami kebahagiaan yang berkekalan dalam mengharungi gelora rumahtangga kami ... Kau kurniakan lah kepada kami kesabaran dan ketabahan yang tinggi dalam menangani apa jua permasaalahan yang timbul dalam kami rumahtangga kami ini .. limpahi lah rahmat mu kepada kami .. agar kami tidak menjadi manusia yang alpa pada tanggungjawab yang diamanahkan kepada kami .. amin .. amin .. ya rabbal .. alamin .. amin ... 

Kepada en.suami kesayangan ku .. isteri mu ini mengucapkan selamat ulang tahun perkahwinan kita yang pertama .. ingin ku rakamkan jutaan terima kasih yang tak terhingga kerana dirimu begitu bersabar dalam melayan kerenah ku sepanjang se tahun kita bersama ... juga terima kasih kerana selalu bertolak ansur dengan sikap ku yang kadang-kala menjengkelkan diri mu .. terima kasih juga kerana diri mu tidak cerewet dalam hal makanan .. apa sahaja yang dihidangkan kepada mu .. semua diterima tanpa bantahan .. sikap mu yang bersahaja membuatkan diri ku semakin menyayangi mu .. my truly love is you .. only you .. in my heart .. I LOVE YOU .. Ever and Forever ... walaupun abg tiada disamping sayang di hari ulangtahun perkhawinan kita yang pertama, jauh dimata, dekat di hati... 

Saturday, March 9, 2013

♥♥♥ Hadiah Anniversary ♥♥♥


Rasa lama tak mencoret di sini. Begitulah kalau sekejap ada, sekejap tak ada. Macam biskut la pulak ye. Eemmm... banyak yang nak dikongsikan bersama-sama, tapi rasanya ini yang best kot... hehehehh...

Pastinya menjadi perkara yang pening kepala kepada si isteri atau kaum hawa apabila tibanya ulang tahun perkahwinan kerana tidak tahu apa hadiah yang perlu diberi kepada si suami sempena ulang tahun perkahwinan. Pastinya sesuatu hadiah yang romantik dan sesuai kepada si suami yang dicari.
Selalunya, hadiah apa yang kawan-kawan dapat masa hari ulang tahun perkahwinan ye? Setiap tahun dapat hadiah? Sekali-sekali atau tak pernah langsung? Atau sekadar ucapan ringkas melalui sms atau kad ucapan yang ditinggalkan oleh hubby atas meja solek? Heheheh... atau yang paling romantik, mungkin ada yang 'candle light dinner'? dan yang paling tak best, bila hubby lupa terus... ada ke? Memang geram kan kalau hubby kita lupa anniversary...

Sunday, February 17, 2013



Ahlan wasahlan n Hello World...bb As Biey n Ridz Max...ready to go home already... :) — at Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah, Bangi.











Monday, February 4, 2013

Alhamdulillah. Akhirnya Kau MilikKu

Medela Freestyle 


Akhirnya, dapat juga aku memiliki gadget idaman BF mommies ni... Moga FS ini akan terus berjasa bukan untuk bb sahaja, tapi untuk adik bb yang seterusnya. Hehehehe.....

Wah sangat teruja bila tengok gadgetnya. Nak2 lagi boleh dikatakan FS ni sangatlah mobility dan sangat mengujakan. Paling geram bila tengok mesin pump tersebut alahai sangatlah comel! Bole dibawa ke sana ke sini dengan mudah dan jayanya!





FS yang belum dibuka lagi. 

Monday, January 14, 2013

check-Up 34 weeks~~


Alhamdulillah..minggu ni masuk minggu ke 34 kandungan ni. my belly pun become bigger ;p... Minggu ke 34 preggy amat memenatkan. Sebab : perut semakin besar semakin berat dan jalan pun rasa mengah.

My littel chomey dalam perut ni memang tak reti dok diam. Agaknya dah tak sabar nak keluar. Sabar tau sayang..sikit lagi ok. Time malam lagi la.. nak tido, mengiring ke kiri tak kena. Mengiring ke kanan tak kena. Baby ni asyik kicking je..baby tak selesa ke ek dalam perut ni. Ke ruang dah sempit..sian anak mama..Sorry sayang kalau tak selesa..tapi mama tak tau nak buat macam mane.huhuhuhu



Hari ini aku gie check-up untuk week 34 di Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah (AZIM)Sampai kat hosptal, terus bagi kad and alhamdulillah, aku orang ke-2.. Check-up ngn doc Fazlina.. Detail die bg penerangan...
Seperti biasa, aku kene timbang berat.. naik jugak lah dari 62kg - 63kg...pastu periksa tekanan darah.. owh, masa nak scan tu, dada cam rasa berdebar je.. risau gak kalau dengar bad news kan.
tapi memang ada bad news lagi..sedihnye lah...cuma belum di sahkan sepenuhnya..Baby sihat, dan berat pun bleh tahan 2.5kg..
Jantung pun ok, maknanya mengikut dalam scan tu, baby nampak ok..
Cuma air ketuban aku makin banyak.. dan itu lah bad news nye.. 
Ya allah.. Dia je yang tahu ape yang aku rasa time tu... Nasib baik hubby ada...kuat sikit rasa.... :-(
EErrmmm Alhamdulillah uri bawah dah ternaik sikit... Alhamdulillah.syukur pada Allah SWT. 'BB' pun bukan main aktif lagi bergerak. sekarang ni, berat 'BB' 2.5kg...BB agak besar jika dibandingkan dengan kebesaran mama... huhuhu... Harap berat BB tak kan naik mendadak lagi.... huhuhu....anak mamakan baik.. tolong mama yer... 

Dr cakap baby ok, tapi air ketuban memang banyak...Bila doc bagi tahu yang air ketuban banyak punca perut aku sentiasa mengeras, aku dah cuak dah. huhuhuhu.. macam2 pikir....errmmm mudah2an semuanya sihat dan tak ada apa masalah... Dr suruh berdoa banyak2 untuk kesihatan baby. InsyaAllah baby takde ape2. Moga dijauhkan...kalo berat BB bertambah lagi after 37 weeks, doktor bagi tahu yang aku kena percepatkan kelahiran. errmmm.. aku terima jerr... sakit or tak.. kena bersalin lerr.. means kena induce kan? ... errmmm apa-apalah... aku terima segala ketentuan dengan redha. Semoga segalanya di permudahkan... Aminnn.....

Habis checkup pukul 11 lebih. Kena datang lagi dalam masa 3 minggu untuk lihat perkembangan baby. Harap scan yang akan di buat nanti ni tak beri bad news lagi..mintak2 tak ade ape lah masalah pada baby aku ni. sedihnye lah bila mengenangkan dia ada masalah tu.. skang ni, aku tengah search tentang risiko air ketuban yang banyak. nak tengok info tentang air ketuban tu and ape puncanye.. pada kawan2, yang pernah alami masalh macam aku ni, sila2 lah kongsi sama.. memang perlukan khidmat nasihat dari kawan..

doakan kami juga ye..

Thursday, January 10, 2013

1 Month ++ To Go


11th Jan... 

im 33 weeks 4 days now..

cant wait to see our little junior..

this few days, had very bad back pain..

hard too walk... =)

Syukur to Allah, almost 90% preparation has been done like baby stuff, mommy-to-be stuff..

right now, busy find out 1 perfect name for our little junior..

semoga segalanya dipermudahkan oleh Allah SWT

Amin...

Monday, January 7, 2013

Tuesday, January 1, 2013

32 minggu kehamilan


Alhamdulillah, minggu ini genap 32 minggu usia kandungan saya. Ini bermakna tinggal lagi sebulan untuk menjadi wanita hamil! Makin dub dab dub dab dangdut dah jantung ni..Kemudian,saya akan jadi emak orang,hehe. Tiada lagi perut yang memboyot, tangan dan kaki yang mengembang, sakit pinggang dan muntah-muntah. Apa pun yang terjadi, saya berusaha untuk sabar dan redha dengan apa yang sedang dialami,kalau tak, rugi tak dapat pahala orang yang mengandungkan :-)

Macam mana agaknya bila saya jadi ibu nanti? Jaga bayi kami, mandikan dia, menyusukan dia, main-main dengan dia, berjaga malam...oh,tak terbayang macam mana rumah kami nanti akan bertukar wajah :-)
Contraction palsu kerap berlaku.. Ya Allah, ianya sangat tak selesa! Perut saya mengeras sampai saya terjaga dari tidur menahan kesakitan dan kekerasan... Kemudian saya kejutkan cik abang, minta dia pegang perut saya. Itu cara semulajadi untuk kurangkan rasa sakit contraction palsu. Tapi saya tetap rasa sakit.
Saya sebenarnya risau dan takut untuk bersalin :-( . Tak dapat bayang macam mana saya harus melalui proses melahirkan seorang bayi ke dunia. Saya harap sangat Allah mudahkan urusan kelahiran bayi ini nanti tanpa sebarang masalah dan komplikasi... Aaamin


Saya serahkan bayi dalam kandungan ini dalam jagaan Allah, sebab saya tahu saya tidak punyai ilmu untuk mengetahui misteri-misteri di alam kandungan... BB, ibu,ummi, mama  serahkan bb di bawah jagaan dan perlindungan Allah, Allahlah yang memelihara dirimu daripada sebarang masalah dan komplikasi. Love you so so so much!!!!!!!!!!!!!!