Daisypath Friendship tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Wedding tickers
Lilypie Pregnancy tickers
Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, December 25, 2012

Review pasal set bersalin Tanamera

Dah beli set bersalin???

Lagi 1 minggu kandungan saya nak masuk 32 weeks. So,saya rasa ini the best time utk purchase my confinement set.Pilih punya pilih,akhirnya saya berkenan sgt ngn set Tanamera Postnatal yg duta dia si Serina Redzuwan tu.

So,semalam saya n hubby ke alamanda untuk berjumpa dengan dealer Tanamera En Hazairin Budiman iaitu Wakil Jualan kepada TROPICAL SECRETS SDN BHD.Dia amat baik,siap terangkan secara terperinci cane nak pakai product2 tu semua which is saya rasa tak susah sgtlah dan yg paling penting semua ingredient dlm product tu natural & not harm for baby. Ada barang2 dlm set ni boleh pakai time mengandung contohnya mcm VCO (Virgin Coconut Oil) utk menghilangkan tanda2 stretch mark kat peha,perut dan punggung dan kalau yg ada masalah constipation yg teruk,leh ambik sesudu kecik minum,insyaallah 'hasil pembuangan' akan lawas.

Yang paling saya tertarik semalam VCO ni boleh di sapukan kat kawasan perineum before gave birth.. InsyaAllah, delivery very smooth,tak lama.dan paling best tak kena jahit satu pun sebb tak koyak & without any drug. Dalam set ni jugak ada keterangan cane nak guna product2 ni dan apa ingredient yg digunakan.So kalau tak ingat,leh rujuk kat sini.

so,nilah rupe set tanamera tu:-



Barang-Barang dalam kotak Postnatal TANAMERA-siap bengkung!

Siap ada carta/jadual untuk guna barang-barang dalam kotak ni

Info tentang produk - sangat profesional-macam kagum pulak !

Total satu set saya beli RM 360.00 (termasuk penambahan VCO secara percuma!!!) Bermula 15 Disember 2012, dengan setiap pembelian Set Bersalin TANAMERA anda akan menerima satu lagi botol Virgin Coconut oil, percuma!. 

p/s:Harap2 saya cepat recover dengan bantuan set ni pas bersalin nanti...Amin.

Monday, December 24, 2012

Set Bersalin


Asyik beli barang baby jer..barang ibu baby pun sama pentingnya kan. Lepas bersalin, ibu baby kena pantang. Berpantang ni bukan setakat jaga makan minum / pakai stoking jer. Banyak benda lain kena amalkan. Kalau tak jaga kang..memang ada kesan jangka panjang. Ramai yang ingatkan saya pasal benda ni…..my sis, friends and sedara mara. Diorang kata..pantang betul-betul..jangan ngelat. Yer..saya cuba.


So, kena lar cari apa benda yang perlu ada time pantang. Saya pun tanya kat my sis and kawan-kawan yang dah ada pengalaman pantang..and of course google kat internet… Owh! Ada banyak set bersalin kat pasaran sekarang.. kebanyakannya complete set. Tak yah susah-susah kuar masuk kampung,  cari akar kayu/herba segala.
Produk-produk set bersalin ni tak sama. Ikut pengeluar. Ada yang siap ngan tungku sekali. Ada yang sekali ngan jamu. Ada yang siap ngan bengkung.  Harga pun tak sama.  Lagi- lagi kalau beli online. Tengok pada yang menjual tu. Kadang-kadang diorang buat promosi, memang dapat murah. Kat kedai-kedai jamu pun ada jual set bersalin ni. Kalau pandai tawar, leh dapat murah jugak.
Antara set bersalin yang ada kat pasaran:
  • Set bersalin jamu Selapan Mustika Ratu – Harga set biasa: RM119.00. Satu set ada 7 item.
  • Set bersalin Amway – Harga: RM 293.00. Satu set ada 10 item.
  • Set bersalin Leesa Formula – Harga berbeza ikut pakej. Harga untuk pakej lengkap: RM 350. 00. Pakej lengkap ada 8 item.
  • Set bersalin Ibu Halimah – Harga: RM360.00 . Satu set ada 9 item.
  • Set bersalin Tanamera – Harga: RM360.00. Satu set ada 11 item.
  • Set bersalin Nona Roguy – Harga: RM365.00. Satu set ada 6 item.
  • Set bersalin Sendayu Tinggi – Harga Pakej 60 hari: RM 386.00. Satu set ada 11 item.
  • Set bersalin Bhidan – Harga: RM350.00 . Satu set ada 7 item.
Diulangi, harga kat atas ni berbeza ikut yang menjual. Kalau pandai cari, memang dapat lagi murah dari harga di atas. Lagi-lagi time ada promotion. Pastu, setiap pengeluar, set dia tak sama. Terpulang la nak amalkan pakai apa time berpantang nanti. Macam saya, saya nak elakkan makan jamu..so set bersalin yang saya beli memang takder jamu. Set bersalin TANAMERA ~ Postnatal Care Set.

Mahal? Yup, memang mahal!  Pikir banyak kali jugak sebelum beli ni… bincang banyak-banyak kali ngan En Suami. Dia kata, kalau betul benda tu elok..belilah. Lagipun, bukan selalu. Time nak bayar, tutup sebelah mata... ;-)

Macam set bersalin yang lain, Set bersalin Tanamera ni guna herba dan bahan semula jadi.
Set bersalin Tanamera ni ada:
  1. Feminine Herbal Wash (Herba Pembersih Wanita) : untuk mencuci miss V selepas bersalin.
  2. Herbal Massage Oil (minyak urut herba)
  3. Firming Herbal Blend Paste (tapel) : pes herba yang disapu pada perut sebelum memakai bengkung
  4. Abdominal Wrap (bengkung)
  5. Herbal Tea (teh herba)
  6. Calming Herbal Blend Paste (pilis) : pes herba yang disapu pada dahi
  7. Boreh Body Scrub (Skrub badan boreh)
  8. Brown Formulation Soap (Sabun mandi herba)
  9. Herbal Bath (Herba Mandian)
  10. Cold Pressed Virgin Coconut Oil (Minyak Kelapa Dara): banyak kegunaan minyak nih, antaranya: boleh disapu pada miss V sebagai persediaan bersalin.
  11. Lavender Floral Water (Air bunga lavendar) – menghilangkan angin dan mengurangkan tekanan.
Set ni siap ada buku yang terangkan kandungan produk, khasiat dan cara penggunaan. So, time nak guna, leh refer buku tu jer. InsyaAllah, saya harap produk-produk ni boleh bantu saya time berpantang nanti…
Sebelum saya beli set ni, memang saya google pasal produk ni jer. So far…takder yang complain. Yang bagi testimoni pun kata set bersalin ni best. Antara produk yang banyak jadi sebutan:  Cold Pressed Virgin Coconut Oil Tanamera  mampu memudahkan proses kelahiran. Amalkan sapu minyak ni kat area miss V 3- 4 minggu sebelum bersalin, untuk membantu mempercepatkan bukaan and koyak pun tak banyak. Nak minum minyak ni pun boleh. Macam minyak selusuh gitu. Uih..ni kena start amalkan sekarang ni. Then, ramai kata minyak ni boleh kurangkan stretch mark juga.
Pastu ada yang kata .Brown Formulation Soap boleh mencerahkan kawasan yang gelap. . Another one, herbal tea – membantu proses buang angin dan juga pencernaan.
Kalau nak baca testimoni orang yang guna produk ni, leh cari kat facebook: TANAMERA Postnatal Care set atau klik sini untuk pergi ke website diorang. Kalau betul produk ni ok..saya akan buat testimoni jugak.
Set ni disediakan untuk 14 hari penggunaan jer. And ikut buku panduan yang diberi, start pakai produk-produk ni hari ke-5 selepas bersalin. Kebanyakan item dalam set ni ada 14 sachet sahaja. Sehari satu sachet. Maknanya, hari ke-20 selepas bersalin, yang mana yang dah habis tu, maknanya dah tak yah pakai lagi.
Produk TANAMERA memang dirumus untuk membantu ibu yang baru bersalin memulihkan badan mereka DALAM MASA YANG LEBIH SINGKAT. So, bila dah habis, tak yah beli lagi pun tak apa. Tapi kalau nak continue, itu lebih bagus.
Sekian, review set bersalin Tanamera yang tak berilmiah.... :-)



Tuesday, December 11, 2012

Perkembangan fetus - hamil 30 minggu


Kehamilan sudah pun masuk minggu ke 30...Apa yang aku rase sekarang adalah kepenatan, kemengahan, keletihan... Perut yang semakin membesar menyulitkan pergerakan..perut da selalu mengeras..sakit belakang yang teramat..jalan pun da x laju..apetah lagi nk bershopping...baring lame2 penat..duduk lame2 penat..jalan lame2 penat..berdiri lame2 penat...ape yang boleh lakukan sekarang bersabar..redha..tawakal dan berdoa agar Allah sentiasa melindungiku dan anak yang aku kandungkan ini...Amin...Now baby mommy dalam keadaan yang sihat...mommy g checkup doc kata everything its ok....Insyaallah.mudah2an...

Thursday, December 6, 2012

28 Weeks....


Assalammualaikum


Hari ni ada appointment kandungan 7bulan dengan dokter kat Klinik Kesihatan Ibu & Anak. Appointmentnya kul 9.00 pagi tp kena dtg awl kul 8.30 pagi dah terpacak kat klinik. Sebab de check-up for scan baby n MGTT... huhuhu... kena amik darah lg....





Sunday, December 2, 2012

Perut Mengeras Ketika Hamil – Braxton Hicks Contraction



Dah masuk Trimester ketiga rupanya, kejapnya masa berlalu, sekarang ni duk rasa perut asyik mengeras aje, Perut Mengeras Ketika Hamil atau lebih dikenali sebagai Braxton Hicks Contraction adalah perkara biasa yang akan berlaku kepada Ibu Mengandung terutamanya bila masuk ke Trimester ke 3.

perut mengeras ketika hamilCuma harus dikenal pasti sama ada ianya contraction hendak bersalin ataupun sekadar contraction biasa. Apa yang saya alami sekarang ini hanyalah contraction biasa kerana belum lagi masanya untuk melahirkan.

Perut Mengeras Ketika Hamil – Braxton Hicks Contraction biasanya berlaku selama 40-60 saat, tak lama pun, ianya tidak terjadi secara terus menerus dan tanpa disertai rasa sakit cuma kadang-kadang jelah rasa tak selesa sebab perut tiba-tiba mengeras :D
 
Contraction ini bukanlah contraction tanda melahirkan anak, melainkan keadaan contraction yang timbul kerana menegangnya rahim dan berserta rasa sakit yang kerap, contohnya dalam sejam 4-5 kali sakit contraaction.
 
Kadang kala hanya disebabkan ada sentuhan pada perut pun boleh jadi mengeras juga perut ni, posisi juga boleh membuat keadaan contraction ini berlaku, apa yang perlu dilakukan semasa Braxton Hicks Contraction ini berlaku, Ibu Hamil haruslah dalam keadaan rileks, bernafas dalam-dalam dan perlahan-lahan, ubah posisi duduk/baring, dan yang penting kena minum air masak, kerana ianya membantu untuk melegakan perut yang mengeras tadi (Braxton Hicks Contraction).
 
- Pheww~ tak lama dah ^__^

Saturday, December 1, 2012

.: weekend projek ~ basuh baju baby :.


alhamdullilah...





dah masuk 28 Weeks dah....legaa rasa bila dah settle basuh baju baby... baru separuh2...

letih gak rupanya even baju tu kecik2 jer ...huhuh... letih-letih pun puas hati... basuh sambil senyum jer... hihiihi.....
sekarang sume benda dah almost done dah cuma breastpump jer tak beli lagi...yang lain-lain dah settle rasanya..takut terlupa benda kecik-kecik jer.. yang tu leh beli kemudian kot..yang penting-penting setakat ni dah beli...


4th Maternity and Children Expo Nov-Dec 2012 Midvalley Exhibition Centre



p/s: Lets have a fun shopping!!!