Daisypath Friendship tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Wedding tickers
Lilypie Pregnancy tickers
Lilypie First Birthday tickers

Sunday, December 2, 2012

Perut Mengeras Ketika Hamil – Braxton Hicks Contraction



Dah masuk Trimester ketiga rupanya, kejapnya masa berlalu, sekarang ni duk rasa perut asyik mengeras aje, Perut Mengeras Ketika Hamil atau lebih dikenali sebagai Braxton Hicks Contraction adalah perkara biasa yang akan berlaku kepada Ibu Mengandung terutamanya bila masuk ke Trimester ke 3.

perut mengeras ketika hamilCuma harus dikenal pasti sama ada ianya contraction hendak bersalin ataupun sekadar contraction biasa. Apa yang saya alami sekarang ini hanyalah contraction biasa kerana belum lagi masanya untuk melahirkan.

Perut Mengeras Ketika Hamil – Braxton Hicks Contraction biasanya berlaku selama 40-60 saat, tak lama pun, ianya tidak terjadi secara terus menerus dan tanpa disertai rasa sakit cuma kadang-kadang jelah rasa tak selesa sebab perut tiba-tiba mengeras :D
 
Contraction ini bukanlah contraction tanda melahirkan anak, melainkan keadaan contraction yang timbul kerana menegangnya rahim dan berserta rasa sakit yang kerap, contohnya dalam sejam 4-5 kali sakit contraaction.
 
Kadang kala hanya disebabkan ada sentuhan pada perut pun boleh jadi mengeras juga perut ni, posisi juga boleh membuat keadaan contraction ini berlaku, apa yang perlu dilakukan semasa Braxton Hicks Contraction ini berlaku, Ibu Hamil haruslah dalam keadaan rileks, bernafas dalam-dalam dan perlahan-lahan, ubah posisi duduk/baring, dan yang penting kena minum air masak, kerana ianya membantu untuk melegakan perut yang mengeras tadi (Braxton Hicks Contraction).
 
- Pheww~ tak lama dah ^__^

0 comments: