Daisypath Friendship tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Wedding tickers
Lilypie Pregnancy tickers
Lilypie First Birthday tickers

Thursday, February 9, 2012

ELAK KESILAPAN MENJELANG PERKAHWINAN

Pejam celik, kejap jer masa berlalu..Tinggal lagi 1 bulan jer sebelum menjelang hari
perkahwinan aku. Banyak perkara yang perlu aku pelajari. Disini, ingin aku
berkongsi bersama sebuah artikel untuk tatapan mata bagi mereka yang bakal
berkahwin cm aku ni. Mudah-mudahan kita belajar skit sebelum melangkah ke alam
baru iaitu alam perkahwinan.


“Berapa hantarannya?”
“Kenduri bila?”
“Honey moon di mana?”
Demikian antara persoalan yang sering timbul apabila hari pernikahan semakin hampir. Menjelang kenduri kahwin, semakin sibuk ibu bapa, keluarga serta bakal pengantin sendiri menghabiskan masa untuk memastikan persediaan sempurna dan tiada apa yang kurang.
Malah hari ini sudah menjadi perkara biasa untuk kaum keluarga dan adik-beradik memakai pakaian sedondon, sesuai dengan warna tema sesebuah majlis kenduri kahwin. Andaikata warna temanya biru, semua adik-beradik dan kaum keluarga akan berpakaian seragam biru. Khemah
pun disusun rapi dan bereben biru sehinggakan door gift untuk tetamu pun mesti bertema
serupa!
Namun adalah satu kesilapan bagi
bakal pengantin lelaki dan wanita untuk terlalu fokus dengan persediaan fizikal di atas. Terlalu banyak tenaga, wang ringgit dan masa dicurahkan untuk persediaan kenduri, wang hantaran dan sebagainya. Adalah lebih wajar 80 peratus daripada tenaga dan masa digunakan untuk meningkatkan kemahiran mengatasi konflik yang pasti menanti anda sebaik saja bergelar suami/ isteri. Sebaik-baiknya anda yang bakal mendirikan rumahtangga melengkapkan diri untuk menghadapi realiti alam perkahwinan jangka panjang.


TIPS BONUS

Banyak lagi syarat-syarat yang diperlukan untuk
menjayakan sesebuah mahligai perkahwinan selain kasih sayang – sokongan,
toleransi, kesabaran, kejujuran, hormat-menghormati, merendah diri, humour
(maknanya mudah berjenaka dan jangan terlalu serius sentiasa).
Bayangkan bila sudah berkahwin. Bangun tidur
orang pertama yang kita nampak ialah suami/ isteri. Jika ada masalah, dialah
yang menjadi tempat kita mengadu. Pendek kata suami atau isteri adalah orang
paling rapat dalam hidup kita. Itulah sebabnya seelok-eloknya kita persiapkan
diri kita untuk menghadapi alam perkahwinan sesempurna yang boleh.
Perkahwinan ibarat menanam pokok. Selagi kita
siram air, cukup cahaya matahari, baja, sihatlah dia. Jika diabaikan dan
tersilap baja, pastinya layu dan suram tidak bermaya.
Berhati-hati apabila berkata-kata. Jadilah kawan
yang paling istimewa untuk suami/ isteri anda. Terlalu ramai suami/ isteri yang
tinggal sebumbung tetapi tidak berkongsi lebih dari itu. Cuba cari
sekurang-kurangnya satu hobi atau projek yang boleh diusahakan bersama.
Umpamanya kalau suka membantu anak yatim, usahakan ke arah itu. Atau minat kelas
agama, mungkin boleh sama-sama aturkan satu program untuk surau berdekatan.
Mudah meminta maaf jika timbul ketegangan.
Meskipun kita rasa bukan salah kita. Minta maaf dulu sebab seringkali kita tak
nampak apa kesilapan kita (kecuali keadaan tertentu yang sudah nyata seperti
suami mendera isteri).
Menghargai suami/ isteri. Jangan ‘take for
granted’ perkara-perkara yang dibuat oleh pasangan anda, meskipun ia kecil.
Memahami lelaki dan wanita berbeza. Umpamanya
lelaki, cari mentega dalam peti sejuk pun tak jumpa. Wanita pula sering sesat di
jalanraya dan sukar membaca peta. Ini perkara biasa dan tak perlulah
diperbesarkan!
Berilah masa untuk suami/ isteri masa
bersendirian. Ada kala dia perlu masa untuk berehat, memikirkan masalah di luar
yang tiada kena mengena dengan kita.
Jangan tidur dengan perasaan marah antara satu
sama lain. Perlu diselesaikan segera.
Mudah-mudahan tips di atas menjadi
sumber ilham kepada anda untuk lebih bersedia melangkah ke alam perkahwinan dan
memilih cara-cara terbaik demi perkahwinan yang bahagia dan berjaya yang
diberkati oleh Allah. Wallahua’lam.

- Artikel iluvislam.com

0 comments: