Mari kita tengok apa yang tak settle lagi.
1) segala mengenai urusan dan dokumen nak kawin, hanya kursus kahwin je dah settle.
2) baju nikah kami - dah hantar tempah. mungkin dalam awal bulan 2 baru gi amik.
3) cadar untuk katil rumah - dah settle.tinggal nak sarung kat katil je.
4) langsir untuk rumah - belum beli lagi.
5) pelamin,mak andam,baju bersanding untuk 2 2 rumah - belum lagi jumpa mak andam untuk sesi memilih... rumah sg buloh settel...
6) menu2 dan khemah - rasanya, masih belum settle, sebab orang tua kami yang settlekan.
7) pa system dan cak lempong - xperlu kot
8) tempat nikah - dah confirm,masjid kat kg...x jauh dr rmh.
9) door gift - belah perempuan - x beli lg.
10) barang-barang hantaran - ada yang dah beli, ada yang masih belum beli.
11) kek - masih belum tempah lagi.
12) kad khamin - baru sahaja di settle kan hr tu.
13) deko-deko untuk barang hantaran - in progress.
14) photografer - sudah selesai. harap en jauzi boleh amik gamba lawa-lawa.
15) bunga pahar- tak settle lagi
16) honeymoon - settel dahhh...hehehe
17) HIV test - takutttt.....
18) bilik tidur- tak settle lagi.
cuba kira, lagi banyak yang dah settle atau lagi banyak yang tak settle?
serious, sekarang nie rasa macam tak sempat je..insya Allah, sempat. chaiyok- chaiyok.hehehe
minggu depan,mungkin nak pergi jalan NILAI dengan en ridzmax n k.ijan.. Tunggu entry akan datang,agak-agak apa yang kitorang dah beli kat sana..
0 comments:
Post a Comment