Sejak saya mengandung,selain selalu terkenang
pada mak dan ayah atas pengorbanan mereka yang saya rasainya kini,orang yang
paling banyak berkorban dan bersabar dengan saya adalah suami saya.Orang yang
sangat tabah,redha berdepan dengan segala kerenah masalah fizikal kesihatan dan
emosi spiritual saya yang sentiasa turun naik tidak
stabil.
Melihat suami
saya mengingatkan saya untuk sentiasa BERSYUKUR pada ALLAH yang meminjamkan dia
pada saya.Tak dapat saya bayangkan bagaimana isteri-isteri lain yang mengandung
tanpa suami disisi.Mereka insan terpilih kerana saya tak mampu dan tak sekuat
itu.Apatah lagi,yang termengandung tanpa suami.Apalah perasaan mereka,hanya
Allah yang tahu.