About Me
- Unknown
My Blog List
-
Keputusan Liga Super 2017 perlawanan kedua - Malaysia - Super League 2017 Full time :- PKNS FC 1 vs 3 Kelantan *0-1* _Mohamed Ghaddar_ *0-2* _Mohamed Ghaddar (P)_ *1-2* _Gonzalo Soto_ *1-3* _B...9 years ago
-
-
Restarting - it has been quite sometime. Life has been good. Today we did our own custom made pizza. We use tortilla as base and the kid put tomato puree topped with sau...9 years ago
-
Katalog Tupperware November 2014 - Ada yang ternanti-nanti Katalog Campaign Tupperware untuk November 2014? Serius untuk bulan 11 ni, ada beberapa promo yang saya rasa best dan cool, memang s...11 years ago
-
-
Publishing Your own newsletter ? the advantages - There are lots of positive aspects publishing your individual newsletter offers to your account. Hence if the good things work for you, after which publish...13 years ago
-
Pengedar Sah Shaklee di Kulim. - Assalammualaikum wth, Rakan-rakan maya yang di Rahmati Allah sekalian, InshaAllah jemput singgah blog Kesihatan saya ye. dan Follow serta like di FB page k...13 years ago
-
-
-
-
TeRKeBiL-KeBiL..... - As SaLaM.... Tajuk entry yg xder kena mengena ngan cerita hehehhehe.....sudah terlalu lama meninggalkan blog bersawang terbiar, so sesaje nak meninggalkan ...14 years ago
-
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN... - Pada kesempatan ini, nak ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf zahir dan batin kepada semua yg mengenali diri ini.....moga lebaran ini memberi sejuta mak...15 years ago
-
THANKS YOU ALLAH... - Terima kasih ya allah,kerana kau telah panjangkan usia ku...kau telah berikan aku hidup dalam sebuah keluarga yang bahagia dan sederhana..Kedua ibu bapa y...15 years ago
-
haziq @literasi - Pagi yang sgt indah..lega bgn tdo td tgk xde hujan...langit mendung saje..hurmmm...boleh jemur bajuu la kali ni..lama dh x jemur bju kt luar......kikikiki ...15 years ago
-
-
Makan Laksa Umah Cousin Auntie @ Taman Pelangi - Last Ahad g makan laksa umah sepupu ummi.. makcik sepupu ngan syasya la kiranya.. kiri atas: Tok Uda, umi dan rina kanan atas: Cik Ya dan umi kanan bawah: ...16 years ago
-
Sunday, May 22, 2011
Terima Kasih Ibu
Kaulah yang selalu menemani diriku,
Tatkala gembira dan sedih mahupun suka duka,
Kaulah pengubat jiwa yang lara ini,
Ku selalu mendoakanmu ibu agar diberi rahmat Tuhan yang Esa.
Monday, May 2, 2011
``rancangan & penentuan`!!~~
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
eh jap2.tadi ada dengar satu ceramah ni. dalam bahasa ganu.dia cakap yang kalau laki dah tanya nak jadikan seorang perempuan tu isteri dia dan si perempuan bersetuju maka hukum nya telah menjadi tunang orang... siapa masuk meminang adalah haram.
Untuk berkongsi:`!!~~
huhuhu :-) Semoga apa yang dirancang akan berjalan dengan baik... aminnn......
Saturday, April 16, 2011
Tips menyayangi seseorang
2. Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia memang seorang yang istimewa dan biarkan ia kekal. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia kerena sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya kerena dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.
3. Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak berkorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sesekali coba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.
4. Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda me
rayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda kerena kelak, yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.
5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia kerena dia telah cukup sempurna semenjak anda mula terpikat padanya.
6. Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga mau begitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apa lagi dia.
7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerena selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.
8. BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.
9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan. Dia bukan hanya akan setakat menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa, ketahuilah bahwa jiwanya akan mati secara perlahan.
10. Jangan cepat berbangga dengan diri, memenangi hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda peroleh setelah anda berjaya menyayanginya sehingga ke akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah kerana dia percaya bahwa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha untuk memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah juga anda berusaha untuk terus menyintai dirinya dengan apapun keadaan.

HARI YANG PALING MENGEMBIRAKAN
Friday, April 15, 2011
Mee kari special
Bahan-bahan:
1kg mee kuning - dicelur
1/2 ekor ayam - dipotong kecil
5 sudu besar rempah kari ayam - dicampurkan dengan sedikit air panas supaya menjadi pes
2 sudu besar serbuk cili atau cili kisar
1 sudu kecil serbuk kunyit
1.5 - 2 liter santan
100gm fish ball - dibelah 2
2 keping fish cake - dihiris
5 keping tahu kering - dihiris
200gm kerang atau mussel - direbus
2 keping asam keping
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
Bahan2 hiasan:
sawi secukupnya - dipotong dan dicelur
taugeh secukupnya - celur atau tidak bergantung pada selera masing2
4 tangkai cili merah - dihiris
4 tangkai cili hijau - dihiris
bawang goreng secukupnya
limau kasturi secukupnya - dibelah 2
Bahan2 tumis:
2 batang serai - diketuk
5 ulas bawang merah - dimayang
1 ulas bawang putih - dimayang
2cm kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
Bahan2 kisar:
2.5cm halia
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
cara:
- panaskan minyak
- masukkan bahan2 tumis dan goreng sehingga garing dan wangi
- kemudian masukkan bahan2 kisar, pes serbuk kari, serbuk cili dan serbuk kunyit
- kacau sehingga sebati dan pecah minyak (pastikan sampai pecah minyak dan garing barulah sedap)
- masukkan santan, ayam dan asam keping
- biarkan sehingga ayam empuk dan kuah pecah minyak barulah dimasukkan fish ball, fish cake, tahu kering, kerang dan garam secukup rasa
- biarkan kuah mendidih seketika barulah di matikan api oven
- cara menghidang mee: masukkan mee di dalam mangkuk dan bahan2 hiasan. kemudian tuangkan kuah kari di atasnya
- hidangkan panas2
Bahagia Itu Apabila Membahagiakan
"Love is verb –"Siapakah orang yang paling hampir? Siapakah yang paling layak kita berikan bahagia? Selain kedua ibu-bapa (bagi seorang lelaki), maka isterinyalah yang paling utama diberikan kebahagiaan itu. Jika isteri yang di sisi tidak bahagia, jangan harap kita boleh membahagiakan orang lain. Dan paling penting, jika isteri sudah menderita itu juga petanda yang kita juga menderita – ingat, kita tidak akan bahagia selagi orang di sisi kita tidak bahagia.
Apakah langkah pertama untuk membahagiakan isteri? Ya, pertama, hargailah kehadirannya. Rasakan benar-benar bahawa sidia adalah anugerah Allah yang paling berharga. Jodoh pertemuan itu di tangan Tuhan, justeru dia adalah anugerah khusus daripada-Nya buat teman hidup kita sepanjang kembara di dunia. Isteri kita ialah jawapan Tuhan pada doa yang selalu kita pohonkan.
Ingatlah bahawa yang paling berharga di dalam rumah kita bukannya perabot, bukan peralatan eletronik, komputer ataupun barang-barang antik yang lain. Yang paling berharga ialah manusianya – isteri atau suami kita itu. Itulah" modal insan" yang sewajarnya lebih kita hargai daripada segala-galanya. Tetapi benarkah kita telah menghargai isteri atau suami lebih daripada barang-barang berharga di rumah kita?
Sayang sekali, lain yang difikirkan lain pula yang dirasa. Cuba renanungkan, berapa ramai para suami yang lebih prihatin tentang perasaan isteri berbanding 'keadaan' keretanya. Batuk isteri yang berpanjangan semacam tidak kedengaran. "Batuk" kereta yang sedikit cepat-cepat dihantar ke "workshop" untuk diselenggarakan.
Itu belum dikira lagi kaki pancing yang setiap hujung minggu berkepit dengan joran dan umpan tetapi membiarkan anak-anak dan isteri kesepian di rumah. Atau para isteri yang leka dengan aorkid dan barang antik, dibelek dan dikelek siang malam, sedangkan suami terbiar tanpa ditanya perasaan dan didengar luahan hatinya.
Bila kereta 'aneh' sedikit bunyinya, cepat-cepat diusung ke workshop, dibetulkan enjin, ditunekan semula bunyinya. Tetapi isteri yang batuk-batuk, lenguh dan sembab dibiarkan... alasannya, itu memang adat, badan dah tua. Itu belum dikira yang 'workoholic' – bekerja siang, malam, tak kenal cuti dan rehat... Bila ditanya mengapa begitu sibok? Dia menjawab, demi isteri. Padahal, dia bekerja sampai ke tahap mengabaikan isteri. Aneh juga, ada yang mencari duit sampai tidak sempat menikmati duit. Bila duit sudah terkumpul, kesihatan sudah tergadai, rumah tangga sudah berkecai, isteri telah terabai.
Sesetengah bertanya? Bagaimana kita boleh mengharagai pasangan kita. Insya-Allah, bila ada kemahuan pasti ada jalan. Dunia akan menyediakan jalan kepada orang yang mempunyai tujuan. Kata orang, kasih, cinta dan sayang umpama aliran air, sentiasa tahu ke arah mana ia hendak mengalir. Mulakan dengan memandangnya dengan pandangan kasih... mungkin wajah isteri kita sudah kedut, tetapi rasakanlah mungkin separuh "kedutan" itu kerana memikirkan kesusahan bersama kita. Mungkin uban telah penuh di kepala suami kita, tetapi uban itu "mercu tanda" pengorbanannya membina rumah tangga dan keluarga kita.
Itulah pandangan mata hati namanya. Kalau dulu semasa awal bercinta, pandangan kita dari mata turun ke hati. Tetapi kini setelah lama bersama, pandangan kita mesti lebih murni. Tidak dari mata turun ke hati lagi, tetapi sudah dari hati "turun" ke mata. Yang kita lihat bukan "body" tetapi budi. Yang kita pandang bukan urat, tulang dan daging lagi... tetapi suatu yang murni dan hakiki – kasih, kasihan, cinta, sayang, mesra, ceria, duka, gagal, jaya, pengorbanan, penderitaan – dalam jiwanya yang melakarkan sejarah kehidupan berumah tangga bersama kita!
Daripada pandangan mata hati itulah lahirlah sikap dan tindakan. Love is verb – cinta itu tindakan. Kata penyair bila sudah cinta, ingin dipintal awan-gemawan untuk dijadikan kerosang di dada isteri, ingin dijadikan rembulan untuk menjadi lentera teman beradunya, mentari sebagai sinar dalam duka dan nestanya... Ah, kita tidak payah mengajar cara apabila sudah cinta. Kerana dalam cinta itu sudah menyala kemahuan.
Mungkin sikaya pulang bersama cincin permata untuk menghargai siisteri. Atau petani hanya membawa sebiji mangga untuk dimakan bersama sang "permaisuri". Buruh yang pulang bersama keringat disambut senyuman dan dihadiahkan seteguk air sejuk oleh isteri tentunya lebih bahagia dan dihargai oleh seorang jutawan yang disambut di muka pintu villanya tetapi hanya oleh seorang "orang gaji". Begitulah ajaibnya cinta yang dicipta Allah, ia hanya boleh dinikmati oleh hati yang suci. Ia terlalu mahal harganya. Intan, permata tidak akan mampu membeli cinta!
Hargailah sesuatu selagi ia masih di depan mata. Begitu selalu pesan cerdikiawan dan pujangga. Malangnya, kita selalu lepas pandang. Sesuatu yang 'terlalu' dekat, kekadang lebih sukar dilihat dengan jelas. Isteri di depan mata, tidak dihargai. Kajian menunjukkan bahawa para suami di Amerika lebih banyak meluangkan masa menonton TV daripada bercakap dengan isteri. Di sini apa kurangnya, tiga jam menonton TV bersama tanpa sepatahpun berbual. Suami dan isteri sibok melayani fikiran sendiri walaupun duduk hanya berselang beberapa inci.
Malah, bila berjauhan pun kekadang terlalu lokek bertanyakan berita. Jika duduk berjauhan, masa berSMS dengan teman lebih banyak berbanding dengan isteri. No news is a good news. Begitu selalunya, rasa di hati. Tetapi bila isteri atau suami diserang "sakit" – katalah hilang keupayaan bercakap dan bergerak, maka ketika itu puaslah kita menangis kerana tidak dapat mendengar suaranya lagi. Waktu itu barulah duduk di tepi katil hospital, merenung mata isteri atau suami kita yang berkelip-kelip, tanpa kata, tanpa suara...
Hidup terlalu singkat. Hidup hanya sekali. Yang pergi tak kan kembali. Yang hilang, mungkin tumbuh lagi... Tetapi tidak semua perkara akan tumbuh semula. Apakah ibu-bapa yang 'hilang' akan berganti? Apakah anak, isteri, suami yang 'pergi'... akan pulang semula? Jadi, hargailah semuanya selama segalanya masih ada. Pulanglah ke rumah dengan ceria, tebarkan salam, lebarkan senyuman. Mungkin esok, anda tidak 'pulang' atau tidak ada lagi sidia yang setia menunggu di sebalik pintu. Mungkin anda 'pergi' atau dia yang 'pergi'. Hargailah nyawa dan kehidupan dengan sayang dan cinta. Kita tidak akan bahagia, selagi orang di sisi kita tidak bahagia!
TiPs kE RuMaH sI DiA.. EhEmMmmmmmmm......
Eheemmmm… si dia mengajak anda beraya ke rumahnya!
Saya pasti ramai yang menunggu detik ini, kan? Hari demi hari dihitung dengan penuh debaran….. Perasaan gembira, panik, gelabah dan seronok pasti bercampur gaul. Maklumlah, saat inilah yang merupakan masa yang sesuai sekali untuk memperkenalkan pujaan hati kepada kaum keluarga, bukan!
Baju mana yang nak di pakai? Tudung pula perlu ‘matching’ dengan baju…… Iyerlah, pertama kali bertemu muka dengan ‘bakal mertua’. Semua perlu dipelihara. Penampilan diri, tutur kata dan tata tertib harus dijaga. Lebih-lebih lagi jika si dia beribukan ‘mak datin’…. Naya kalau ada hati yang tak berkenan. Silap-silap anda akan mendapat ‘lampu merah’!
Tip 1 : Jaga Penampilan – Pakai baju yang macam baju
Fikirkan pakaian yang sesuai untuk dipakai pada hari tersebut. Lagi bagus jika anda membuat persediaan awal supaya tidak kelam-kabut pada hari yang dijanjikan itu. Pastikan pakaian anda kemas dan sedap mata memandang. Takkan sekadar T-shirt dan ‘jeans’ sahaja, kot! Alangkah manisnya jika berbaju kurung bagi wanita dan segaknya si jejaka dengan berbaju Melayu. Pasti terserlah penampilan diri anda di hadapan keluarganya.
Tip 2 : Bawa Teman – Teman yang bleh dipercayai (bukan teman yang ber’tanduk’ dua)
Elok jika anda membawa teman ke rumah si dia. Barulah hilang sedikit perasaan segan jika ke sana keseorangan. Lagipun, anda pasti tidak mahu nampak ketara sangat mempunyai hubungan dengan anak mereka jika dikenalkan sebagai kawan-kawan. Seorang dua peneman rasanya sudah memadai.Tapi jangan pula membawa terlalu ramai kerana bimbang hilang pula keistimewaan anda di mata keluarganya.
Tip 3 : Kenali Ahli Keluarganya – Lepas ni jangan plak buat2 tak kenal bila jumpa kat pekan
Teman anda tentu selalu bercerita tentang ahli keluarganya. Cuba ingati nama mereka kerana ia boleh membantu anda semasa sesi perkenalan di rumahnya nanti. Tunjukkan bahawa anda benar-benar berminat untuk mengenali mereka. Jika mereka dapat melihat keikhlasan hati anda, pasti anda mendapat ‘green light’ untuk masuk ke dalam keluarga si dia.
Tip 4 : Jaga Adab Sopan – Makan sikit je walaupun tengah lapor tak makan seminggu
‘First impression’ selalunya memainkan peranan besar yang boleh menguntungkan atau merugikan anda. Peliharalah adab tertib anda terutamanya di hadapan ibu bapanya. Mulakan dengan bersalam sebagai tanda hormat pada mereka. Hati mereka pasti berbunga jika bermenantukan anda yang mempunya budi pekerti dan sopan santun yang tinggi.
Tip 5 : Bersikap Ramah Mesra – Ramah tapi tak mesra pon bleh kalau rasa korang main2 je dlm hubungan ni
Mulakan perbualan dengan bertanya khabar. Mungkin tentang ahli keluarganya atau kerjaya ibu bapanya (walaupun anda pasti sudah mengetahuinya) . Jangan berbual kosong kerana ia kadang-kadang membuat anda ‘merapu’. Dan jangan terlalu ‘excited’ semasa berbual kerana kadang-kadang kita boleh tersilap cakap yang mana ia boleh mengeruhkan perhubungan!
Tip 6 : Murahkan Senyuman – Senyumlah-senyumlah wahai cik mek molek
Jangan panik semasa bersemuka dengan keluarganya. Tingkatkan keyakinan anda dengan memberikan senyuman. Anda pasti tidak mahu dikata sombong, bukan? Kadang kala senyum boleh menutup sikap malu dan pendiam dalam diri anda. Tapi awas, jangan asyik tersenyum macam ‘kerang busuk’ pulak!
Tip 7 : Sediakan Buah Tangan – Buah tangan je jgn plak kasi buah buku lima
Adab menziarah, buah tangan pasti dihulur. Tanda menghormati rumah yang dikunjungi. Ringankan tangan anda membawa sedikit buah tangan agar tuan rumah rasa dihargai. Lebih-lagi orang tuanya tentu sukakan ‘bakal menantu’ yang bersikap pemurah. Malah, bonus bagi anda jika menyediakan sedikit ‘duit raya’ untuk bakal adik-adik ipar, kan!”
Luv,
AsBiey...
Monday, April 11, 2011
I'm a boy!!!!
First Day
Hari Ke-3
akif 2 Bulan
Akif 3 bulan
* DOA BUAT ZURIAT
...Ya Allah, keluarkanlah dia dari rahim ku dengan mudah dan selamat. Ya Allah, jadikankah dia sihat dan sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis, dengan berkat Nabi Muhammad SAW dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam." Amin.
Popular Posts
-
Dah masuk Trimester ketiga rupanya, kejapnya masa berlalu, sekarang ni duk rasa perut asyik mengeras aje, Perut Mengeras Ketika Hamil ata...
-
Asyik beli barang baby jer..barang ibu baby pun sama pentingnya kan. Lepas bersalin, ibu baby kena pantang. Berpantang ni bukan setakat jag...
-
Untuk order: Hubungi saya untuk pertanyaan lebih lanjut: asbiey/ridzmax | ID: Call/SMS/Whatsapp 013-...
-
Lunch saya dan 'kawan' hari ni ialah Nasi Ayam Kampung di Restoran A Hassan Sdn Bhd. Ianya terletak di Seksyen 7, Jalam 7/1, Bangi....
-
Dah beli set bersalin??? Lagi 1 minggu kandungan saya nak masuk 32 weeks. So,saya rasa ini the best time utk purchase my confinement ...
-
Second Day : Idaman Suri Ok.. ini satu lagi tempat shopping untuk kami. Kami pergi masa second day kat Langkawi after habis taklimat. Meman...
-
Kehamilan sudah pun masuk minggu ke 30...Apa yang aku rase sekarang adalah kepenatan, kemengahan, keletihan ... Perut yang semakin membes...
-
Alhamdulillah, minggu ini genap 32 minggu usia kandungan saya. Ini bermakna tinggal lagi sebulan untuk menjadi wanita hamil! Makin dub dab...
-
alhamdullilah... dah masuk 28 Weeks dah....legaa rasa bila dah settle basuh baju baby... baru separuh2... letih gak rupanya eve...
-
Rasa lama tak mencoret di sini. Begitulah kalau sekejap ada, sekejap tak ada. Macam biskut la pulak ye. Eemmm... banyak yang nak dikon...