Daisypath Friendship tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Wedding tickers
Lilypie Pregnancy tickers
Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, December 11, 2012

Perkembangan fetus - hamil 30 minggu


Kehamilan sudah pun masuk minggu ke 30...Apa yang aku rase sekarang adalah kepenatan, kemengahan, keletihan... Perut yang semakin membesar menyulitkan pergerakan..perut da selalu mengeras..sakit belakang yang teramat..jalan pun da x laju..apetah lagi nk bershopping...baring lame2 penat..duduk lame2 penat..jalan lame2 penat..berdiri lame2 penat...ape yang boleh lakukan sekarang bersabar..redha..tawakal dan berdoa agar Allah sentiasa melindungiku dan anak yang aku kandungkan ini...Amin...Now baby mommy dalam keadaan yang sihat...mommy g checkup doc kata everything its ok....Insyaallah.mudah2an...

Thursday, December 6, 2012

28 Weeks....


Assalammualaikum


Hari ni ada appointment kandungan 7bulan dengan dokter kat Klinik Kesihatan Ibu & Anak. Appointmentnya kul 9.00 pagi tp kena dtg awl kul 8.30 pagi dah terpacak kat klinik. Sebab de check-up for scan baby n MGTT... huhuhu... kena amik darah lg....





Sunday, December 2, 2012

Perut Mengeras Ketika Hamil – Braxton Hicks Contraction



Dah masuk Trimester ketiga rupanya, kejapnya masa berlalu, sekarang ni duk rasa perut asyik mengeras aje, Perut Mengeras Ketika Hamil atau lebih dikenali sebagai Braxton Hicks Contraction adalah perkara biasa yang akan berlaku kepada Ibu Mengandung terutamanya bila masuk ke Trimester ke 3.

perut mengeras ketika hamilCuma harus dikenal pasti sama ada ianya contraction hendak bersalin ataupun sekadar contraction biasa. Apa yang saya alami sekarang ini hanyalah contraction biasa kerana belum lagi masanya untuk melahirkan.

Perut Mengeras Ketika Hamil – Braxton Hicks Contraction biasanya berlaku selama 40-60 saat, tak lama pun, ianya tidak terjadi secara terus menerus dan tanpa disertai rasa sakit cuma kadang-kadang jelah rasa tak selesa sebab perut tiba-tiba mengeras :D
 
Contraction ini bukanlah contraction tanda melahirkan anak, melainkan keadaan contraction yang timbul kerana menegangnya rahim dan berserta rasa sakit yang kerap, contohnya dalam sejam 4-5 kali sakit contraaction.
 
Kadang kala hanya disebabkan ada sentuhan pada perut pun boleh jadi mengeras juga perut ni, posisi juga boleh membuat keadaan contraction ini berlaku, apa yang perlu dilakukan semasa Braxton Hicks Contraction ini berlaku, Ibu Hamil haruslah dalam keadaan rileks, bernafas dalam-dalam dan perlahan-lahan, ubah posisi duduk/baring, dan yang penting kena minum air masak, kerana ianya membantu untuk melegakan perut yang mengeras tadi (Braxton Hicks Contraction).
 
- Pheww~ tak lama dah ^__^

Saturday, December 1, 2012

.: weekend projek ~ basuh baju baby :.


alhamdullilah...





dah masuk 28 Weeks dah....legaa rasa bila dah settle basuh baju baby... baru separuh2...

letih gak rupanya even baju tu kecik2 jer ...huhuh... letih-letih pun puas hati... basuh sambil senyum jer... hihiihi.....
sekarang sume benda dah almost done dah cuma breastpump jer tak beli lagi...yang lain-lain dah settle rasanya..takut terlupa benda kecik-kecik jer.. yang tu leh beli kemudian kot..yang penting-penting setakat ni dah beli...


4th Maternity and Children Expo Nov-Dec 2012 Midvalley Exhibition Centre



p/s: Lets have a fun shopping!!! 

Friday, November 30, 2012

Just Because Of Him

"Never change who you are for a guy because if he truly loved you, you wouldn’t have to change. If he was truly your PRINCE CHARMING, he would love you for who you are, not who he wants you to be."




Saya Sayang Suami Saya


Suami saya tak bawa kereta mewah macam Seth Tan.
Suami saya tak dukung saya sebab tak larat katanya.
Suami saya tak pernah bagi bunga sepanjang perkahwinan kami.
Suami saya tak berkata penuh sopan macam Seth Tan.
Tapi saya tak kisah semua tu, bagi saya benda tu semua tak menjanjikan eternal happiness.
Badan suami saya juga tak macam Seth Tan, saya juga tak kisah sebab Seth Tan 
ada tahu nak repair kereta kalau rosak? Tak tahu bukan sebab tengok kereta kesayangan
 Seth Tan yang colour hitam tu, siap asap putih dah keluar! Bagi saya, apa yang suami saya
 buat sekarang lagi sexy dari Seth Tan. HAHA.
Suami saya tak pernah bising atau komplen pasal masakan saya, itu dah buat saya cukup
 bahagia.
Memang Seth Tan itu sweet bagai tapi sweet lagi suami anda masing masing in their own special
 way bukan? Suami saya tak buat kerja bersih macam Seth Tan, suami saya kerja dengan 
minyak hitam dan benda benda lain yang kotor yang orang Malaysia taknak buat tapi saya 
tak kisah sebab I find it sexy. Seth Tan boleh bagi kemewahan, suami saya bagi saya ilmu
 tentang dunia automotive. Tak percaya? Hari hari suami saya ajar saya tentang automotive. 
Saya rasa satu hari nanti, saya pasti boleh service kereta saya sendiri, atau tukar disc brake ke
, atau service gear box ke atau pun buat engine overhaul. Ok tipu kalau saya boleh buat
 overhaul..
Ok lah, Seth Tan jagalah Nora Elena baik baik. Jangan cakap tak serupa bikin ok! Kalau
 iye pun Seth Tan nak tunjuk kereta kesayangan, tunjuklah kereta yang dijaga elok.
 Ni tidak, asap putih dah jelas nampak tu!
Saya sayang suami saya dunia akhirat.

Thursday, November 29, 2012

Tazkirah di hari Jumaat.....



assalamualaikum..

FAKTA : wanita yang tidak mengandung atau kurang mengandung lagi tinggi risiko untuk mendapat kanser payudara berbanding wanita yang sudah banyak kali mengandung. ni kerana dia lebih banyak terdedah kepada hormon yang boleh menbawa kepada kanser payudara.

bila difikirkan betapa cantik realiti yang ALLAH beri..
kesakitan yang amat itu ALLAH hadiahkan dengan hadiah yang paling berharga iaitu zuriat @ anak

tak cukup dengan itu- ALLAH hadiahkan pelbagai lagi hadiah buat wanita yang mengandung

  •  Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
  • Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil. 
  • Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
  •  Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
  • Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT
  • Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
  •  Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
  • Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid. 

"pengorbanan ibu itu sangat besar, jikalau tanpa ada rasa kasih sayang yang tertanam dalam hati,pasti semua wanita dalam dunia ni tak nak mengandung."
  
cuba bayangkan..
dari stat mengandung..
ibu2 ada pening2,loya,muntah2 -sampaikan kadang2 tak lalu makan sebab tak boleh nak bau makanan pun..
tak cukup dengan tu duk membawa angkutan bayi di depan perutnya selama 9 bulan, sampaikan sakit belakang-tapi dia still menahan,berkorban
 dan akhirnya sampai waktu untuk melahirkannya
sakitnya tak dapat diceritakan dengan kata2.
namun bila terdengar tangisan si anak, rasa sakit itu hilang, rasa lelah 9 bulan menunggu juga hilang. 
rasa bahagia pula menjelma.
sungguh indah perasaan itu berganti-ganti ^^



6 bulan : 27 minggu

Sekejapan masa berlalu.... tup tup dah kedepan jugak perut saya ni ha.... Tapi... ramai yg kata comel! haaa... itu yg penting... kih kih kih.... Sepanjang saya check up di KK (Klinik Kesihatan), alhamdulillah..... semuanya baik-baik saja. Dan buku saya tu memang cantik la...cuma berat badan je bertambah > 3 kg setiap kali check-up..huhuhu..... Dan saya sangat berharap agar kesihatan sy dan baby dalam keadaan baik-baik saja sehingga la saat melahirkan...... doakan ya! amin......
Selera makan sangat baik sekali ketika ni.... huhhhh sedapnya makan! hahaha..... Baby ? Sangat la aktif kan...... selalu jugak tak lena tidur sebab kejap perut mengeras belah kanan... belah kiri... dia mcm main pusing2 dalam perut mama dia ni.... aihhh baby oh baby.... Selalu jugak saya ni bercakap dgn baby.... supaya kalau nak main pusing2 tu slow-slow sket.... huhhhh rasa krem sangat tau kalau dia bergerak tu.... hihihihi Tapi sangat sweet ooo that moment..... Dan sekarang selalu sangat rasa mcm blurrp blurrp letop-letop je perut ni... sy agak dia sendawa la... hehehehe.... Oh ya... oyaaa yaaaa..... da scan baby..... buat masa ni, inagt tak nak heboh dulu......