Daisypath Friendship tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Wedding tickers
Lilypie Pregnancy tickers
Lilypie First Birthday tickers

Thursday, February 23, 2012

My New Shoes

JENG! JENG! JENG!

Monday, February 20, 2012

Samsung Galaxy Note :-)

Target 4 new phone ~ if SE down!!!

Saturday, February 18, 2012

~ Wahai Pendampingku Suatu Ketika Nanti ~

Kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak..
Terima kasih kerana telah memilihku di antara ribuan bidadari di luar sana yang siap untuk kamu pilih.. Padahal kamu begitu tahu, aku hanya wanita biasa, yang sangat jauh dari sempurna.Kerananya ku ingin kamu tahu, aku bukan wanita yang sempurna, aku begitu banyak kekurangan. Maka ketahuilah..

Kepadamu yang akan memilihku kelak..
Aku tak sebijak Siti khadijah, kerananya ku ingin kamu tahu, aku akan saja berbuat salah dan
begitu menyedihkan. Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku, jangan
marah padaku, nasihati aku dengan hikmah, kerana bagiku kamulah pemimpinku, tak akan berani ku membangkang padamu..

Duhai kau yang telah memilihku kelak..
Ingatlah, tak selamanya aku akn cantik di matamu, ada kalanya aku akan begitu kusam dan hodoh. Mungkin kerana aku begitu sibuk di dapur, menyiapkan makan untuk kamu dan anak-anak kita nanti –Insya’Allah-. Maka aku akan tampak kotor dan berbau asap. Atau kerana seharian ku harus meguruskan istana kecil kita, agar kamu dan anak kita dapat tinggal dengan nyaman dan damai. Maka mungkin aku tak sempat berdandan untuk menyambutmu sepulang
bekerja.. Ataukah kamu akan menemukanku tersengguk-sengguk saat mendengar
keluhan dan ceritamu, bukan kerana aku tak suka menjadi tempatmu menumpahkan
segala rasamu, tapi karena semalam saat kau tertidur dengan nyenyak, aku tak
sedetikpun tertidur karena harus menjaga anak kecil kita yang sedang sakit, dan
ku tau kamu letih mencari rezeki untuk kami maka tak ingin ku mengusik sedikit
pun lelapmu.. Jadi jika esok pagi kau mendapatiku begitu letih dan ada
lingkaran hitam di mataku, maka tetaplah tersenyum padaku, kerana kau adalah
kekuatanku..

Padamu yang menjadi nahkoda dalam hidupku kelak..
Ketahuilah, aku tak sesabar Fatimah, ada kalanya kau akan menemukanku begitu marah, menangis , bukan kerana ku membangkang padamu, tapi aku hanya wanita biasa, aku juga perlu
tempat untuk menumpahkan beban di hatiku, tempat untuk melepaskan penatku, dan
mungkin saat itu aku tak menemukanmu, atau kau begitu sibuk dengan pekerjaanmu,
maka bersabarlah, yang ku perlukan hanya pelukan dan belaianmu.. Kerana bagiku kau adalah titisan embun yang mampu memadamkan segala resahku.. Ataukah ada kalanya tanganku akan mencubit dan memukul penuh kasih sayang si kecil kerana lelah dan penatku di tambh rengekannya yang tak habis-habisnya. Sungguh bukan kerana ku ingin menyakitinya, tapi kadang aku kehabisan cara untuk menenangkan hatinya. Maka jangan memarahiku kerana telah menyakiti buah hati kita, tapi cukup kau usap kepalaku, dan bisikkan kata sayang di telingaku, kerana dengan itu ku tau kamu selalu menghargai semua yang ku lakukan untuk kalian, dan kamu akan menemukanku menangis menyesali perlakuanku pada anak kita, dan aku akan merasakan ribuan kali rasa sakit dari cubitan yang ku berikan padanya, dan aku akan berjanji tak akan mengulanginya lagi..

Padamu yang menjadi imam dalam hidupku kelak..
Ketahuilah, aku tak secerdas Aisyah.. Maka jangan pernah bosan mengajariku, membimbingku ke arah-Nya, walau kadang aku begitu bebal dan bodoh, tapi jangan pernah letih mengajariku.. Jangan segan membangunkanku di sepertiga malam untuk bersamamu bermunajat pada Kekasih yang Maha Kasih.. Jangan letih mengingatkanku untuk terus bersamamu mendulang pahala dalam amalan-amalan sunnah.. Bimbing tanganku ke JannahNya, agar kamu dan aku tetap bersatu di dalamnya.

Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku..
Seiring berjalannya waktu, kamu akan menemukan rambutku yang dulu hitam legam dan
indah, akan menipis dan memutih. Kulitku yang bersih akan mulai kereput. Tanganku yang halus akan menjadi kasar.. Dan kau tak akan menemukanku sebagai wanita cantik, yang kau khitbah puluhan tahun yang lalu.. Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu.. Maka jangan pernah berpaling dariku.. Karena satu yang tak pernah berubah, bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian bertambah, iaitu rasa cintaku padamu.. Ketahuilah.. Tiap harinya, tiap jam, minit dan detiknya, telah aku lewati dengan selalu jatuh cinta padamu..Maka, cintailah aku, dengan apa adanya aku.. Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna.. Maafkan aku kerana aku bukan puteri..

Aku hanya wanita biasa..

^ASILAH MAHUSSIN^

Thursday, February 9, 2012

ELAK KESILAPAN MENJELANG PERKAHWINAN

Pejam celik, kejap jer masa berlalu..Tinggal lagi 1 bulan jer sebelum menjelang hari
perkahwinan aku. Banyak perkara yang perlu aku pelajari. Disini, ingin aku
berkongsi bersama sebuah artikel untuk tatapan mata bagi mereka yang bakal
berkahwin cm aku ni. Mudah-mudahan kita belajar skit sebelum melangkah ke alam
baru iaitu alam perkahwinan.


“Berapa hantarannya?”
“Kenduri bila?”
“Honey moon di mana?”
Demikian antara persoalan yang sering timbul apabila hari pernikahan semakin hampir. Menjelang kenduri kahwin, semakin sibuk ibu bapa, keluarga serta bakal pengantin sendiri menghabiskan masa untuk memastikan persediaan sempurna dan tiada apa yang kurang.
Malah hari ini sudah menjadi perkara biasa untuk kaum keluarga dan adik-beradik memakai pakaian sedondon, sesuai dengan warna tema sesebuah majlis kenduri kahwin. Andaikata warna temanya biru, semua adik-beradik dan kaum keluarga akan berpakaian seragam biru. Khemah
pun disusun rapi dan bereben biru sehinggakan door gift untuk tetamu pun mesti bertema
serupa!
Namun adalah satu kesilapan bagi
bakal pengantin lelaki dan wanita untuk terlalu fokus dengan persediaan fizikal di atas. Terlalu banyak tenaga, wang ringgit dan masa dicurahkan untuk persediaan kenduri, wang hantaran dan sebagainya. Adalah lebih wajar 80 peratus daripada tenaga dan masa digunakan untuk meningkatkan kemahiran mengatasi konflik yang pasti menanti anda sebaik saja bergelar suami/ isteri. Sebaik-baiknya anda yang bakal mendirikan rumahtangga melengkapkan diri untuk menghadapi realiti alam perkahwinan jangka panjang.


TIPS BONUS

Banyak lagi syarat-syarat yang diperlukan untuk
menjayakan sesebuah mahligai perkahwinan selain kasih sayang – sokongan,
toleransi, kesabaran, kejujuran, hormat-menghormati, merendah diri, humour
(maknanya mudah berjenaka dan jangan terlalu serius sentiasa).
Bayangkan bila sudah berkahwin. Bangun tidur
orang pertama yang kita nampak ialah suami/ isteri. Jika ada masalah, dialah
yang menjadi tempat kita mengadu. Pendek kata suami atau isteri adalah orang
paling rapat dalam hidup kita. Itulah sebabnya seelok-eloknya kita persiapkan
diri kita untuk menghadapi alam perkahwinan sesempurna yang boleh.
Perkahwinan ibarat menanam pokok. Selagi kita
siram air, cukup cahaya matahari, baja, sihatlah dia. Jika diabaikan dan
tersilap baja, pastinya layu dan suram tidak bermaya.
Berhati-hati apabila berkata-kata. Jadilah kawan
yang paling istimewa untuk suami/ isteri anda. Terlalu ramai suami/ isteri yang
tinggal sebumbung tetapi tidak berkongsi lebih dari itu. Cuba cari
sekurang-kurangnya satu hobi atau projek yang boleh diusahakan bersama.
Umpamanya kalau suka membantu anak yatim, usahakan ke arah itu. Atau minat kelas
agama, mungkin boleh sama-sama aturkan satu program untuk surau berdekatan.
Mudah meminta maaf jika timbul ketegangan.
Meskipun kita rasa bukan salah kita. Minta maaf dulu sebab seringkali kita tak
nampak apa kesilapan kita (kecuali keadaan tertentu yang sudah nyata seperti
suami mendera isteri).
Menghargai suami/ isteri. Jangan ‘take for
granted’ perkara-perkara yang dibuat oleh pasangan anda, meskipun ia kecil.
Memahami lelaki dan wanita berbeza. Umpamanya
lelaki, cari mentega dalam peti sejuk pun tak jumpa. Wanita pula sering sesat di
jalanraya dan sukar membaca peta. Ini perkara biasa dan tak perlulah
diperbesarkan!
Berilah masa untuk suami/ isteri masa
bersendirian. Ada kala dia perlu masa untuk berehat, memikirkan masalah di luar
yang tiada kena mengena dengan kita.
Jangan tidur dengan perasaan marah antara satu
sama lain. Perlu diselesaikan segera.
Mudah-mudahan tips di atas menjadi
sumber ilham kepada anda untuk lebih bersedia melangkah ke alam perkahwinan dan
memilih cara-cara terbaik demi perkahwinan yang bahagia dan berjaya yang
diberkati oleh Allah. Wallahua’lam.

- Artikel iluvislam.com

Wednesday, February 1, 2012

proses penyerahan kad jemputan on d way!! weehu~~

kad kahwin yang sudah siap di cetak..menunggu giliran untuk di beri pada para jemputan.. =))
penat weh lipat kad!! tapi berbaloi..hiksss...sebab ati puas tengok kad yang diidamkan ni..thnx pd encik tunang..

anyway..pada sahabat handai..nantikan kemunculan kad ini di pst box anda.. *kad saya biase2 aje* =) Nantikan ya teman2...utusan raja sehari .... sesungguhnya percintaan kami
bukannya mudah....bukanlah pandang pertama atau harta menjadi godaan ... hanya yang melalui bisa merasai getir dan asmara yang berbalam...dan sungguh kami menanti permulaan halal akan sebuah kasih sayang....doakan kami...!

peace!!!!

Wednesday, January 18, 2012

Test HIV

Hari ni Al-Hamdulillah, sudah selesai test HIV. huah...huahhh..huahhh.... menakutkan tol tadi..huhuhu... test HIV ni aku buat kat Klinik Kesihatan Sg Bulohhhh... da la x bole tgk darah... rasa nak pengsan..huhuhuhu..padahal cucuk sikit jer kat jari...huhuhu.... OK.. lepas satu hal. next?nak isi borang kahwin, en tunang kena hantar borang dulu kt Selangor, dapat kebenaran dr selangor baru aku leh hantar kt kelantan....part tu pun en tunang dah setel dah..tunggu nak serah jer lagik...betul x?? hehehehehe....
test HIV seperti yang kita sedia maklum adalah wajib bagi setiap pasangan yang
ingin melangsungkan perkahwinan. tu dia. skema x?hehe. so sape-sape nak kahwin
sila la buat test ni. tapi test WAJIB buat kat klinik kerajaan sahaja. WAJIB. x
bole buat kat tempat lain walaupun terpaksa tunggu berjam-jam, orang
ramai-ramai. T__T.....
ini step untuk test HIV:

1. call untuk booking appointment
cuba check dulu mana-mana klinik yang korang nak
pergi, call dulu sebelum walk-in. sebab ada sesetengah klinik, x perlu booking.
ada yang boleh phone booking. ada yang perlu datang ke klinik dulu untuk
booking. as for us, kami pilih klinik sg buloh..sebabnya...PUTRAJAYA full
sehingga akhir Feb. dekat dan senang. kalau korang x booking, maybe keberangkalian untuk x dapat appointment sangat tinggi. sebabnya bagi sehari, klinik akan ambil maksimum
appointment sahaja. dalam belas-belas pasangan je. so kalau x buat appointment,
nak walk in macamtu je, mungkin x dapat la...tp aku dapat...hehehehe...
2. klinik dan test

pegi ke klinik berkenaan. klinik sg buloh akan beroperasi daripada 2.00-4.30. hanya untuk test HIV sahaja. Terus ke kaunter Temujanji n tunggu sampai bukak kaunter pendaftaran. biasanya lambat la. hehe.....klinik kerajaan. huhu. lepas dapatkan borang test, terus isi n then tunggu org panggil.... ambil no giliran dan tunggu lagi. biasanya dalam 30 minit
baru setel. tapi setel untuk pendaftaran sahaja. T__T
dah daftar dan bayar. bayaran rm1 sahaja....tunggu untuk buat test pulak. kejap je ambil darah. rasa sakit tu macam semut gigit je. masa mula-mula cucuk jarum, x rasa sakit. bila dia dah picit
jari untuk keluarkan darah untuk dititik pada set penguji, masa tu sakit. rasa
macam nak marah je tukang picit tu. haha then tunggu nama dipanggil untuk
dapatkan keputusan. keputusan kita x akan tahu sebab rahsia. keputusan akan
dihantar kepada pihak berwajib sahaja. so kalau dapat borang yang kita isi tadi
tu balik, so kita dah boleh kahwin. hehe. kalau x diberi kaunseling selanjutnya,
maka kita dah LULUS. :) dah dapat borang, boleh hantar je
terus nanti time hantar borang permohonan kahwin. hehe.

YES!

dah boleh kahwin!hehe

Al-Hamdulillah

p/s: sakit kena cucuk rasa lagi. huah

Friday, January 13, 2012

PeriHaL kad KaWin Part 2 ;)

Siap sudah!!
Page 1..
Page 2
Turut Mengundang : Seisi Keluarga


Ini la bentuk, rupa, color kad kawin aku uols.. ok la, tak la fancy sangat very simple.. tapi i like... boleh la untuk disimpan di dalam album untuk aku tunjuk kat anak cucu kang... =) Kad ni masih dalam proses nak mencetak..InsyaALLAH minggu depan En Tunang akan amik dr kwn die... huhuhu.... x sabar nak tgk yg real punya card..huhuhu....

Borang nikah...part 1



Salam
Harap sihat2 la hendaknya yer...guess what? another two
months to go till the big day!yeay? OMG~ banyak lagi yang tak
terbuat..huhuhuhu
Kursus kawen dah pergi 5 months before..cuma buat HIV test jer
belom..sekarang ni sapa2 nak pergi buat HIV test kena buat appointment dulu ..
kalau tak dieorang buat tak tau je.. penat je pergi kalau tak buat
appointment dulu... sekarang ni HIV test dah boleh di buat dimana2 pusat kesihatan kerajaan..dah x mcm dulu2 dah..huhuhu...
Prosedur2 nikah:
1. HADIR KURSUS PRA PERKAHWINAN
2. DAPATKAN BORANG 2C DAN 2D DI PEJABAT KADi
4. LENGKAPKAN BORANG DAN LAMPIRKAN DOKUMEN SOKONGAN. (2 BULAN SEBELUM AKAD NIKAH)
5. DAPATKAN PENGESAHAN DARI PENOLONG PENDAFTAR NIKAH(PPN)
QARIAH.
6. DAPATKAN KEBENARAN NIKAH DARI PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH.
7. SERAHKAN KEBENARAN BERKAHWIN KEPADA PPN QARIAH.)
8. AKAD NIKAH DIJALANKAN.
9. AMBIL SURAT PERAKUAN NIKAH DI pejabat KADi.
BORANG2 yg perempuan kena isi:
????????????
huhuuhu..banyak sunggu prosedur nya kan? borang dah amik n belum isi lagi... Tunangnye borang dah setel dah...huhuhu, tapi HIV testnya belom buat lagi..huhubaru nak terkial2 buat
appointment...haru betul ;p
Surat pengesahan berkahwin pihak lelaki perlu di kepilkan bersama-sama borang
permohonan pengantin perempuan kemudian hantar ke jabatan agama Islam negeri
kita. Dokumen-dokumen permohonan pernikahan ni mengambil masa untuk di
proses [ikut negeri].
huhuhuhuhu.....