Daisypath Friendship tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Wedding tickers
Lilypie Pregnancy tickers
Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, February 1, 2012

proses penyerahan kad jemputan on d way!! weehu~~

kad kahwin yang sudah siap di cetak..menunggu giliran untuk di beri pada para jemputan.. =))
penat weh lipat kad!! tapi berbaloi..hiksss...sebab ati puas tengok kad yang diidamkan ni..thnx pd encik tunang..

anyway..pada sahabat handai..nantikan kemunculan kad ini di pst box anda.. *kad saya biase2 aje* =) Nantikan ya teman2...utusan raja sehari .... sesungguhnya percintaan kami
bukannya mudah....bukanlah pandang pertama atau harta menjadi godaan ... hanya yang melalui bisa merasai getir dan asmara yang berbalam...dan sungguh kami menanti permulaan halal akan sebuah kasih sayang....doakan kami...!

peace!!!!

Wednesday, January 18, 2012

Test HIV

Hari ni Al-Hamdulillah, sudah selesai test HIV. huah...huahhh..huahhh.... menakutkan tol tadi..huhuhu... test HIV ni aku buat kat Klinik Kesihatan Sg Bulohhhh... da la x bole tgk darah... rasa nak pengsan..huhuhuhu..padahal cucuk sikit jer kat jari...huhuhu.... OK.. lepas satu hal. next?nak isi borang kahwin, en tunang kena hantar borang dulu kt Selangor, dapat kebenaran dr selangor baru aku leh hantar kt kelantan....part tu pun en tunang dah setel dah..tunggu nak serah jer lagik...betul x?? hehehehehe....
test HIV seperti yang kita sedia maklum adalah wajib bagi setiap pasangan yang
ingin melangsungkan perkahwinan. tu dia. skema x?hehe. so sape-sape nak kahwin
sila la buat test ni. tapi test WAJIB buat kat klinik kerajaan sahaja. WAJIB. x
bole buat kat tempat lain walaupun terpaksa tunggu berjam-jam, orang
ramai-ramai. T__T.....
ini step untuk test HIV:

1. call untuk booking appointment
cuba check dulu mana-mana klinik yang korang nak
pergi, call dulu sebelum walk-in. sebab ada sesetengah klinik, x perlu booking.
ada yang boleh phone booking. ada yang perlu datang ke klinik dulu untuk
booking. as for us, kami pilih klinik sg buloh..sebabnya...PUTRAJAYA full
sehingga akhir Feb. dekat dan senang. kalau korang x booking, maybe keberangkalian untuk x dapat appointment sangat tinggi. sebabnya bagi sehari, klinik akan ambil maksimum
appointment sahaja. dalam belas-belas pasangan je. so kalau x buat appointment,
nak walk in macamtu je, mungkin x dapat la...tp aku dapat...hehehehe...
2. klinik dan test

pegi ke klinik berkenaan. klinik sg buloh akan beroperasi daripada 2.00-4.30. hanya untuk test HIV sahaja. Terus ke kaunter Temujanji n tunggu sampai bukak kaunter pendaftaran. biasanya lambat la. hehe.....klinik kerajaan. huhu. lepas dapatkan borang test, terus isi n then tunggu org panggil.... ambil no giliran dan tunggu lagi. biasanya dalam 30 minit
baru setel. tapi setel untuk pendaftaran sahaja. T__T
dah daftar dan bayar. bayaran rm1 sahaja....tunggu untuk buat test pulak. kejap je ambil darah. rasa sakit tu macam semut gigit je. masa mula-mula cucuk jarum, x rasa sakit. bila dia dah picit
jari untuk keluarkan darah untuk dititik pada set penguji, masa tu sakit. rasa
macam nak marah je tukang picit tu. haha then tunggu nama dipanggil untuk
dapatkan keputusan. keputusan kita x akan tahu sebab rahsia. keputusan akan
dihantar kepada pihak berwajib sahaja. so kalau dapat borang yang kita isi tadi
tu balik, so kita dah boleh kahwin. hehe. kalau x diberi kaunseling selanjutnya,
maka kita dah LULUS. :) dah dapat borang, boleh hantar je
terus nanti time hantar borang permohonan kahwin. hehe.

YES!

dah boleh kahwin!hehe

Al-Hamdulillah

p/s: sakit kena cucuk rasa lagi. huah

Friday, January 13, 2012

PeriHaL kad KaWin Part 2 ;)

Siap sudah!!
Page 1..
Page 2
Turut Mengundang : Seisi Keluarga


Ini la bentuk, rupa, color kad kawin aku uols.. ok la, tak la fancy sangat very simple.. tapi i like... boleh la untuk disimpan di dalam album untuk aku tunjuk kat anak cucu kang... =) Kad ni masih dalam proses nak mencetak..InsyaALLAH minggu depan En Tunang akan amik dr kwn die... huhuhu.... x sabar nak tgk yg real punya card..huhuhu....

Borang nikah...part 1



Salam
Harap sihat2 la hendaknya yer...guess what? another two
months to go till the big day!yeay? OMG~ banyak lagi yang tak
terbuat..huhuhuhu
Kursus kawen dah pergi 5 months before..cuma buat HIV test jer
belom..sekarang ni sapa2 nak pergi buat HIV test kena buat appointment dulu ..
kalau tak dieorang buat tak tau je.. penat je pergi kalau tak buat
appointment dulu... sekarang ni HIV test dah boleh di buat dimana2 pusat kesihatan kerajaan..dah x mcm dulu2 dah..huhuhu...
Prosedur2 nikah:
1. HADIR KURSUS PRA PERKAHWINAN
2. DAPATKAN BORANG 2C DAN 2D DI PEJABAT KADi
4. LENGKAPKAN BORANG DAN LAMPIRKAN DOKUMEN SOKONGAN. (2 BULAN SEBELUM AKAD NIKAH)
5. DAPATKAN PENGESAHAN DARI PENOLONG PENDAFTAR NIKAH(PPN)
QARIAH.
6. DAPATKAN KEBENARAN NIKAH DARI PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH.
7. SERAHKAN KEBENARAN BERKAHWIN KEPADA PPN QARIAH.)
8. AKAD NIKAH DIJALANKAN.
9. AMBIL SURAT PERAKUAN NIKAH DI pejabat KADi.
BORANG2 yg perempuan kena isi:
????????????
huhuuhu..banyak sunggu prosedur nya kan? borang dah amik n belum isi lagi... Tunangnye borang dah setel dah...huhuhu, tapi HIV testnya belom buat lagi..huhubaru nak terkial2 buat
appointment...haru betul ;p
Surat pengesahan berkahwin pihak lelaki perlu di kepilkan bersama-sama borang
permohonan pengantin perempuan kemudian hantar ke jabatan agama Islam negeri
kita. Dokumen-dokumen permohonan pernikahan ni mengambil masa untuk di
proses [ikut negeri].
huhuhuhuhu.....

Wednesday, January 11, 2012

8 Hadiah Berharga Untuk Orang Tersayang



Pemberian material belum mampu tambat kasih


KITA sering merasakan ingin dihargai tetapi pernahkah kita menghargai orang yang disayangi. Oleh itu, marilah kita menghargai saudara seagama menurut perspektif Islam tanpa menilai rupa, harta dan jagalah adab apabila bersama mereka.

Ada beberapa kepentingan yang harus kita pelihara supaya ukhuwah kekal dalam dakapan menuju reda Allah seperti menjaga sikap, saling menasihati, memahami dan bantu-membantu.

Tiap yang asas itu ada perhiasannya, begitu juga ukhuwah, ada perhiasan yang sesuai. Perhiasan bukanlah sesuatu kewajipan tetapi ia seolah garam dalam makanan dan gula dalam minuman. Apabila dipraktikkan, kekuatan ukhuwah itu makin terasa dan tembok perbalahan tidak akan terbina.

Cara kita menghargai saudara kita ialah dengan memberi hadiah dan antara hadiah itu ialah:
  1. Kehadiran
  2. Kehadiran orang yang dikasihi adalah hadiah yang tidak ternilai harganya. Memang kita boleh hadir dengan menghantar surat, e-mel, laman facebook, telefon, foto dan banyak lagi dengan teknologi canggih kini. Namun, dengan berada di samping mereka kita akan dapat berbagi perasaan, perhatian dan kasih sayang secara lebih utuh. Oleh itu, jadikan kehadiran anda sebagai pembawa kebahagiaan.

  3. Mendengar
  4. Sedikit orang yang mampu memberikan hadiah seperti ini, kerana kebanyakan kita lebih suka dirinya didengari berbanding dia mendengar. Keharmonian hubungan antara manusia amat ditentukan oleh kesediaan saling mendengar.

    Dengan mencurahkan perhatian pada segala ucapannya, secara tidak langsung kita juga menumbuhkan kesabaran dan kerendahan hati. Untuk mendengar dengan baik, pastikan anda dalam keadaan tenang supaya dapat memahami apa yang disampaikan.

  5. Diam
  6. Dalam diam juga ada kekuatan. Diam boleh digunakan untuk menghukum, mengusir atau membingungkan orang. Tetapi lebih dari segala-galanya, dia boleh menunjukkan kecintaan kita pada seseorang kerana memberi ruang.

  7. Kebebasan
  8. Mencintai seseorang bukan bererti memberi kita hak penuh untuk memiliki atau mengatur kehidupan orang disayangi. Bolehkah kita mengaku mencintai seseorang jika kita selalu mengekangnya? Memberi kebebasan adalah salah satu bukti cinta.

    Makna kebebasan bukanlah bebas berbuat sesuka hati tetapi memberinya kepercayaan penuh untuk bertanggungjawab atas segala hal yang diputuskan atau dilakukan.

  9. Keindahan
  10. Siapa yang tidak bahagia, jika orang yang disayangi tiba-tiba tampil lebih kacak atau cantik? Tampil indah dan rupawan juga adalah hadiah. Bahkan tidak salah jika anda tampil cantik tiap hari begitu juga memastikan kediaman juga indah.

  11. Tanggapan positif
  12. Sedar atau tidak, kita sering memberi penilaian negatif terhadap fikiran, sikap atau tindakan orang yang kita sayang. Kali ini cuba hadiahkan tanggapan positif, nyatakan dengan jelas dan tulus. Cuba ingat berapa kali dalam seminggu anda mengucapkan terima kasih terhadap apa yang dilakukannya demi anda. Ingat pula, pernahkah anda memujinya. Ucapan terima kasih, pujian dan permintaan maaf adalah hadiah cinta yang sering dilupakan.

  13. Kesediaan mengalah
  14. Tidak semua masalah layak menjadi bahan pertengkaran, apalagi hingga menjadi perbalahan yang hebat. Semestinya anda pertimbangkan apakah ia perbalahan itu berbaloi dan apabila ini berlaku, mungkin ada baiknya anda mengalah.

    Kesalahannya mungkin terlewat tiba untuk temu janji dan itu adalah kali pertama, jadi perlukah pertengkaran dibiarkan berlanjutan. Kesediaan untuk mengalah boleh menghilangkan perasaan sakit hati dan menyedarkan kita bahawa manusia tidak sempurna.

  15. Senyuman
  16. Kekuatan senyuman amat luar biasa lebih-lebih lagi senyuman diberi dengan tulus, boleh menghangatkan hubungan yang dingin dan menjadi semangat kepada yang berputus asa. Senyuman juga isyarat untuk membuka diri kepada dunia sekeliling kita. Senyum itu juga ibadah.

Mari bersama menilai hadiah apakah yang sudah kita beri kepada yang tersayang dan mana yang belum. Jadikan pemberian hadiah sebagai pengikat kasih sayang yang memperkukuhkan ukhuwah. :-)

Tuesday, January 10, 2012

PeriHaL kad KaWin ;)

Kad Draf pertama:


Kad ini aku dan tunangku fikir hampir sebulan lamanya.. Ini adalah draf pertama kad kawinku yang direka oleh Ojanz.Kawan tunangku. Kami tidak mahu jika diberi dan dibaca kamu buang utk jadik makanan tong sampah..Dan pastinya, kad ini hanya akan dibuang..huhuhu..oleh sebab itu kami memilih untuk membuat kad yg sgt2 simple.. tak nak membazir... Kami telah lihat pelbagai jenis kad kawin di pasaran. Namun semuanya sama tidak ada yang menarik perhatian...bercorak, berbunga semuanya tidak berkenan di hatie.

continue.....

Monday, January 9, 2012

Hadiah kejutan di hari ulangtahun kelahiran :')

Salam.

Heeeeeee seronok sangat hari ni. Mata dah ngantuk tapi tetap nak update belog jugak. :) Seronok sangat sebab En Tunang buat suprise.. TQ So much...



Alhamdulillah... pada 09 January yang lalu merupakan hari ulangtahun kelahiran aku yang ke-.... syukur Alhamdulillah... dan ulangtahun kali ini sangat bermakna buat aku kerana ianya adalah ulangtahun yang terakhir aku berstatus bujang. hehe... selama ni sambut b'day sesorang n dgn en tunang for last year... dapat hadiah daripada beberapa orang rakan dan juga encik tunang... tapi tak pernah rasa sebahagia kali ini... kali ni sungguh membahagiakan.... serius!! I got a huggie boboi.... so sweet... bila orang hargai kita.. rasa bahagia kan,, =) Yang paling seronok ialah sekeping kad dengan kata2 yang begitu bermakna...

Gembira yang tak terhingga..

"Terima kasih buat En Tunang kerana sentiasa membuat diriku tersenyum gembira. Semoga Allah sentiasa merahmati hidupmu sentiasa."

Sunday, January 8, 2012

Syukur kpd Allah di atas ketentuanNya..

Allah lebih mengetahui apa yg terbaik utkku & aku yakin, Allah itu maha mengetahui sesuatu yg aku tidak tahu & aku hanya berserah kpdMu ya Allah.. Semoga dipermudahkan segala urusanku di dunia & di akhirat. TQ Allah..