Daisypath Friendship tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Wedding tickers
Lilypie Pregnancy tickers
Lilypie First Birthday tickers

Sunday, January 8, 2012

Persiapan - 2 bulan lebih lagi

Bila buka je page nie. cuba tengok counting days tue. rasa cam nak gugur jantung nie jap...pastu,naik balik. Ya Allah, ada 2 bulan lebih lagi nak menikah dah aku nie. sudah bersedia ke aku nie? haishh..boleh pulak tanya soalan cmtu. ye la. risau tahap gaban la nie...perasaan terpikir....

Mari kita tengok apa yang tak settle lagi.
1) segala mengenai urusan dan dokumen nak kawin, hanya kursus kahwin je dah settle.
2) baju nikah kami - dah hantar tempah. mungkin dalam awal bulan 2 baru gi amik.
3) cadar untuk katil rumah - dah settle.tinggal nak sarung kat katil je.
4) langsir untuk rumah - belum beli lagi.
5) pelamin,mak andam,baju bersanding untuk 2 2 rumah - belum lagi jumpa mak andam untuk sesi memilih... rumah sg buloh settel...
6) menu2 dan khemah - rasanya, masih belum settle, sebab orang tua kami yang settlekan.
7) pa system dan cak lempong - xperlu kot
8) tempat nikah - dah confirm,masjid kat kg...x jauh dr rmh.
9) door gift - belah perempuan - x beli lg.
10) barang-barang hantaran - ada yang dah beli, ada yang masih belum beli.
11) kek - masih belum tempah lagi.
12) kad khamin - baru sahaja di settle kan hr tu.
13) deko-deko untuk barang hantaran - in progress.
14) photografer - sudah selesai. harap en jauzi boleh amik gamba lawa-lawa.
15) bunga pahar- tak settle lagi
16) honeymoon - settel dahhh...hehehe
17) HIV test - takutttt.....
18) bilik tidur- tak settle lagi.

cuba kira, lagi banyak yang dah settle atau lagi banyak yang tak settle?

serious, sekarang nie rasa macam tak sempat je..insya Allah, sempat. chaiyok- chaiyok.hehehe

minggu depan,mungkin nak pergi jalan NILAI dengan en ridzmax n k.ijan.. Tunggu entry akan datang,agak-agak apa yang kitorang dah beli kat sana..

Saturday, January 7, 2012

Barang Hantaran Part II...

Bercakap tentang kahwin, memanglah kena keluar duit.. kalau nak yang grand2, modal pun tentulah grand.. tapi, kalau rasa boleh buat hantaran sendiri atau ada ahli keluarga yang boleh buatkan, that is even better… jimat pun, jimat :)

Pembelian barang hantaran dah dikira 90% complete.. Semua dah beli... Alhamdulillaah... LAst beli kasut for Me and for My Ridzmax... Tenks so much to "sister-in-law" kerana sponsor kasut utk kami...huhuhuhu.... My Ridzmax exited giler dapat kasur baru ^^Hush P^^..suke la tuee...

Untuk hantaran kawin aku, kebanyakan barang2 aku beli kat KLCC masa Y.E.S..hage okla murah sikit after Y.E.S.. De jugak survey2 kat SOGO, Jalan TAR or Jalan Masjid India, Mid Valeey, Alamanda...berkenan ke x berkenan ke...just take it or leave it..

Kali nie, kita cerita tentang barang-barang hantaran yang dah di beli.

Untuk barang hantaran pihak lelaki.
- Sejadah + Tafsir
- Kemeja dan tie
- Slim beg
- Kasut
- Perfume
- Wallet n Belt

Untuk barang hantaran pihak perempuan.
- Mas kahwin
- Barang kemas
- Kasut
- Handbag
- kain pasang + Tudung BE
- Telekung


Maksudnya, 7 berbalas 9... kira okie la kan. kalau ikut hati, macam-macam lagi diri nie nak minta. bila dipikir balik, nanti jadi suami juga kan. minta la lepas kahwin nanti.. hehehe...

Nak dijadikan cerita, kami jalan-jalan di midvalley untuk mencari kasut. en. ridzmax kata,mesti dapat cari hari nie juga. tak mau tunggu2..gi jalan tempat lain pun,barang yang sama di jual...memang sangat sedih la nie. dari midvalley ke Jusco Cheras Selatan ke Alamanda... tak jumpa juga yang berkenan. memang pening. ada yang berkenan, brand larrie, memang lawa. minta size 4..xde saiz...huhuhu... pegi clarks..mintak saiz 4, boleh longgar pulakk..huhuhu. en. ridzmax ckp xpe...carik lagi...boleh gelakkan aku plak. mentang la kaki guwe nie,agak comel. haishhh... last pegi Alamanda, cari lak kat SEMBONIA, xde yang berkenan, last skali..tekad..masuk carlorini..jumpa yang berkenan dihati...sedihnya xde saiz gak...huhuhu....asal jumpa yang berkenan je, takde size.

Akhir sekali, semalam 7/1/2012...kami ke KLCC sekali lagi semata2 nak beli kasut...dari parksok ke ISetan, kami masuk clarks...jumpa yg berkenan sgt2 di hati, tp sedihnya xde saiz...xpe..carik lak kat parkson... masuk butik CARLORINO, alhamdulillah, ada juga size 4 yang muat di kaki ku ini... hukhukhuk..

Wednesday, January 4, 2012

Persiapan Kad Kahwin

Tanggal 4/1/2012

kad kawin kami so simple n nice... kawan kepada En Ridzmax yang reka khas untuk kami. So pe yang perlu kami sediakan ialah maklumat yang diperlukan dan jugak peta unuk kerumah aku..Rumah kami agak jauh so, x boleh la nak gabunkan jadi satu peta..huhuhu.. Kelate - selangor.. jauhh....huhuhu..

Kami dah tempah kad kawin..yae berjaya..

Saturday, December 10, 2011

shopping barang hantaran


Adoiyai~~ Ouh, duet juga suda finish. Tunggu next gaji pulak tuk beli mende laen...huhuhu..

Total of the day ~10/12/2011~:-
* Barang hantaran yang sudah dibeli for My Chenta from Me and from Me for My Chenta..~~

1. Perfume Chenta - Hugo BoSS
2. My perfume - Hugo BoSS
3. Kemeja + Tie
4. Handbag
5. Kain Pasang
6. Sejadah for Chenta
7. My Telekung
8. ..........................
continue.....

Masa Terbaik untuk Membeli Barang Hantaran


Saya rasa semua orang pon tahu yang negara kita Malaysia ni memang tak putus-putus dengan pelbagai ‘SALE‘.
Pada pendapat saya, masa SALE ni lah masa yang paling sesuai untuk membeli barang-barang hantaran ini. Lagi satu sebaiknya barang-barang hantaran (selain daripada makanan dan yang sewaktu dengannya) ini hendaklah di beli seawal yang boleh supaya tidak kelam-kabut nanti kalau last minit baru nak tercari-cari. Ye lah, nak buat persediaan untuk perkahwinan ini bukannya sedikit yang nak difikirkan, macam-macam yang perlu disurvey, ditempah dan sebagainya.:D

Saturday, October 29, 2011

Monday, October 17, 2011

Saturday, September 3, 2011

Selesai Sudah Majlis Pertunanganku


Alhamdulillah, hari Sabtu, 03 September 2011, bersamaan 5 Syawal, berjaya juga saya menghadiahkan bakal menantu kepada mak saya..Rase cam xpercaye plak aku nie da bertunang ngan En TunangKu. :-)

Tibalah saat2 yang dinantikan ....
03 September 2011
Majlis Pertunanganku Asilah & Ridzwan
yang berlangsung di PasirPuteh, Kelantan.
Majlis diadakan sekitar pukul 11.30 pagi.

Sanak saudara dan jiran tetangga sudah berkumpul seawal
pagi untuk meraikan Majlis Pertunangan Ku.
Kedengaran suara2 tetamu yang hadir tidak putus2..

Perasaan semakin berdebar2 pabila saudara & rakan
memberitahu bahawa majlis sedang bermula.
Makin berdebar2 hatiku ini.
Wah,.. hanya orang2 yang penah mengalaminya akan merasa
perasaan aku ketika itu.

Majlis berjalan secara lancar.
Antara topik2 perbincangan ialah Jumlah duit hantaran & tarikh
perlansungan pernikahan & perkahwinan.

Aduh... tiba2 nama Aku dipanggil untuk keluar.
Sebab sesi perbincangan sudah pun selesai.
Mak aai... makin berdegup laju jantung dibuatnyer.
Menggigil kaki..huhuhu.
Apa2 pun , " Control Cun " maa... haha..
Sampai dibawah je, seribu pasang mata yang memandang aku ketika itu.

Sesi menyarung cincin telah pun berlangsung.
Mak En Tunang yang menyarungkan cincin ke jariku.
Disaksikan oleh semua tetamu yang hadir.

Majlis selesai kira2 lebih kurang pukul 2.30 petang.
Alhamdulillah.. semuanya berjalan seperti yang dirancangkan.
Terima kasih kepada Ma, Abah, adik beradikKU
dan semua yang terlibat...

Doakan semoga kami bahagia hingga ke akhir hayat & semoga dipermudahkan serta dilancarkan segale2nye utk menuju hari bahagia..;)

Syukur kpd Allah di atas ketentuanNya.. Allah lebih mengetahui apa yg terbaik utkku & aku yakin, Allah itu maha mengetahui sesuatu yg aku tidak tahu & aku hanya berserah kpdMu ya Allah.. Semoga dipermudahkan segala urusanku di dunia & di akhirat. TQ Allah..