Daisypath Friendship tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Wedding tickers
Lilypie Pregnancy tickers
Lilypie First Birthday tickers

Friday, April 15, 2011

TiPs kE RuMaH sI DiA.. EhEmMmmmmmmm......

Eheemmmm… si dia mengajak anda beraya ke rumahnya!

Saya pasti ramai yang menunggu detik ini, kan? Hari demi hari dihitung dengan penuh debaran….. Perasaan gembira, panik, gelabah dan seronok pasti bercampur gaul. Maklumlah, saat inilah yang merupakan masa yang sesuai sekali untuk memperkenalkan pujaan hati kepada kaum keluarga, bukan!

Baju mana yang nak di pakai? Tudung pula perlu ‘matching’ dengan baju…… Iyerlah, pertama kali bertemu muka dengan ‘bakal mertua’. Semua perlu dipelihara. Penampilan diri, tutur kata dan tata tertib harus dijaga. Lebih-lebih lagi jika si dia beribukan ‘mak datin’…. Naya kalau ada hati yang tak berkenan. Silap-silap anda akan mendapat ‘lampu merah’!

Tip 1 : Jaga Penampilan – Pakai baju yang macam baju

Fikirkan pakaian yang sesuai untuk dipakai pada hari tersebut. Lagi bagus jika anda membuat persediaan awal supaya tidak kelam-kabut pada hari yang dijanjikan itu. Pastikan pakaian anda kemas dan sedap mata memandang. Takkan sekadar T-shirt dan ‘jeans’ sahaja, kot! Alangkah manisnya jika berbaju kurung bagi wanita dan segaknya si jejaka dengan berbaju Melayu. Pasti terserlah penampilan diri anda di hadapan keluarganya.

Tip 2 : Bawa Teman – Teman yang bleh dipercayai (bukan teman yang ber’tanduk’ dua)

Elok jika anda membawa teman ke rumah si dia. Barulah hilang sedikit perasaan segan jika ke sana keseorangan. Lagipun, anda pasti tidak mahu nampak ketara sangat mempunyai hubungan dengan anak mereka jika dikenalkan sebagai kawan-kawan. Seorang dua peneman rasanya sudah memadai.Tapi jangan pula membawa terlalu ramai kerana bimbang hilang pula keistimewaan anda di mata keluarganya.

Tip 3 : Kenali Ahli Keluarganya – Lepas ni jangan plak buat2 tak kenal bila jumpa kat pekan

Teman anda tentu selalu bercerita tentang ahli keluarganya. Cuba ingati nama mereka kerana ia boleh membantu anda semasa sesi perkenalan di rumahnya nanti. Tunjukkan bahawa anda benar-benar berminat untuk mengenali mereka. Jika mereka dapat melihat keikhlasan hati anda, pasti anda mendapat ‘green light’ untuk masuk ke dalam keluarga si dia.

Tip 4 : Jaga Adab Sopan – Makan sikit je walaupun tengah lapor tak makan seminggu

‘First impression’ selalunya memainkan peranan besar yang boleh menguntungkan atau merugikan anda. Peliharalah adab tertib anda terutamanya di hadapan ibu bapanya. Mulakan dengan bersalam sebagai tanda hormat pada mereka. Hati mereka pasti berbunga jika bermenantukan anda yang mempunya budi pekerti dan sopan santun yang tinggi.

Tip 5 : Bersikap Ramah Mesra – Ramah tapi tak mesra pon bleh kalau rasa korang main2 je dlm hubungan ni

Mulakan perbualan dengan bertanya khabar. Mungkin tentang ahli keluarganya atau kerjaya ibu bapanya (walaupun anda pasti sudah mengetahuinya) . Jangan berbual kosong kerana ia kadang-kadang membuat anda ‘merapu’. Dan jangan terlalu ‘excited’ semasa berbual kerana kadang-kadang kita boleh tersilap cakap yang mana ia boleh mengeruhkan perhubungan!

Tip 6 : Murahkan Senyuman – Senyumlah-senyumlah wahai cik mek molek

Jangan panik semasa bersemuka dengan keluarganya. Tingkatkan keyakinan anda dengan memberikan senyuman. Anda pasti tidak mahu dikata sombong, bukan? Kadang kala senyum boleh menutup sikap malu dan pendiam dalam diri anda. Tapi awas, jangan asyik tersenyum macam ‘kerang busuk’ pulak!

Tip 7 : Sediakan Buah Tangan – Buah tangan je jgn plak kasi buah buku lima

Adab menziarah, buah tangan pasti dihulur. Tanda menghormati rumah yang dikunjungi. Ringankan tangan anda membawa sedikit buah tangan agar tuan rumah rasa dihargai. Lebih-lagi orang tuanya tentu sukakan ‘bakal menantu’ yang bersikap pemurah. Malah, bonus bagi anda jika menyediakan sedikit ‘duit raya’ untuk bakal adik-adik ipar, kan!”

Luv,

AsBiey...

Monday, April 11, 2011

My BeLOvED waLLeT


this My BeLOvED waLLeT...tenkss kepada yang mem'paid' untuk saye..


Luv,

Asbiey

Thursday, April 7, 2011

~Langkawi 1- 3 APRIL 11~


Second Day : Idaman Suri

Ok.. ini satu lagi tempat shopping untuk kami. Kami pergi masa second day kat Langkawi after habis taklimat. Memang hari pertama kat sana mmg kami dah plan nak pegi la kan kat idaman suri ni. Sekalinya, bila semua dah pergi, mak aihhh.. sampai tak tahu nak beli apa. Mac

am-macam jenis pinggang mangkuk, periuk belanga ada disetiap penjuru.. WAHHHH!!!!. Macam nak beli seme yg berkenan. Tu nasib beringat yang kita bukan naik kereta datang ke Langkawi ni. Kalau tak, rasa mau gak di hangkut 1 bangunan tuh. hahhahahahhaha. Huhuhuhu..kiteorg pwgi langkawi nek bas jek. Pastu amik Feri... adaka patut? hehehhehehe...

Okeh.. apa yang ada kat idaman suri ni?

Macam-macam jugak. Rasa macam lebih kurang je la kat HIG. Cuma kat sini ada yang latest collection la bak kata promoter tu. and bila dia tengok price kat Langkawi nih, memang murah. So, apa lagi… masing-masing beli tu.. (aku ngn wani jek). Pastu periuk semua harga not bad la.. tofel?

ntah apa ke nama dia saya tak tau, tapi kawan saya si Hafiz tau, dia c

kp pun murah.

Untuk set pinggan mangkuk, saya suka sangat la dengan yang jenisbulat...Berkenan jugak si CORRELE corak sakura... 1 set RM499 + gift. PK punye pk, x jadi amik set pinggan mangkuk..huhuhu... last2...si CORNINGWARE, corak Sakura + gift 6 pieces jugak aku bawak pulang ke PUTRAJAYA. Price..Not Bad.. RM259 + gift Pyrex 3 set.... Biru untuk idaman suri, hijau untuk HIG.....ƗƗɐƗƗɐƗƗɐƗƗɐƗƗɐƗƗɐ "̮

+ Free GIFT Yg COmEy

Kesimpulannyee yang 2 tempat tu memang femes punyer tempat untuk orang

membeli belah nih. :)


luv,

asBiey


~Langkawi 1- 3 APRIL 11~

Hehehehe saja je saya nak cerita pasal pergi langkawi nih. Tujuan utama ke sana sebab ada meeting NEWSS. Part yang paling best bila sampai sana ialah dengan shopping dulu. Hehehhe apa tak nya, memang ni la yang di cari especially orang pompuan kan kalau g ke Langkawi.


First Day : Haji Ismail Group


Firstly, Tenks to SURIRAM, CK n WANI. U all mmg best masa shoping... ahaks..... First target kiteorg, HIG. Ok, kalau nak tau Haji Ismail Group (HIG) ni kalau kat Langkawi, dia terletak kat pekan Kuah. Jalan nak ke arah jeti Langkawi. Sebelum sampai jeti ada banyak kedai.. Deretan kedai selepas Langkawi Mall kalau tak silap. Kat situ memang banyak kedai-kedai yang jual coklat nih.. Tetapi, kedai HIG ni la yang paling banyak sekali kat area tu. Kalau nampak hijau je sign board dia, sah la tu.. ehhehe ada satu kedai HIG ni yang hanya menjual coklat sahaja. Dekat dengan al-ikhsan. HANYA jual coklat sahaja. Tempat dia sederet dengan CIMB bank. Memang ramai la yang beli kat situ. Macam-macam coklat ada jual. . Hehehhehehhe Ada daim, ferrero rocher, hersey, toblerone, Bueno dan banyak lagi. Kat sini kiteorg just tgk2 je dlu. Sebabnye WANI cakap banyak lagi HIG yang jual mcm2 coklat. Kononnye hari tu wani yang jadi pemandu pelancong kami. Kalo nak tahu, HIG ni ada di mana-mana. Tapi HIG yang ni ada jual benda-benda lain gak. Kedai ni ada jual pinggan mangkuk, periuk kuali dan sebagainya.

Lepas tu, kitorang pegi semua HIG first nak survey-survey la kan. Time jalan tu, memang banyakla kedai HIG ni. Kami cuma gila coklat jek. Hahhahahhaha tapi bila tengok pinggan mangkuk macam corelle, luminarc, corning wear, dan lain-lain buat saya rasa, bestnya kalau beli.. Selain HIG kiteorg singgah jap kat COCO VALLEY. Hujan pun kami redah. ishk2.... ƗƗɐƗƗɐƗƗɐƗƗɐƗƗɐƗƗɐ "̮


Luv,

AsBiey


Thursday, February 10, 2011



~~cinta bkn mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. cinta bkn mengajar menghinakan diri, tetapi menghembuskan kekuatan. cinta bkn melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat...~~

Saturday, July 17, 2010

BadMinTON... BPM VS TrADE



^Team BadMINtON^





sudah sekian lama

FUHHH lame betul aku x masuk blog niee.. bukan 'gapo' .. xingat nama blog... hahahahaha... dasyat2..!!!!

Saturday, October 24, 2009