Daisypath Friendship tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Wedding tickers
Lilypie Pregnancy tickers
Lilypie First Birthday tickers

Sunday, May 26, 2013

Hari Pertama Bekerja Selepas Sekian Lama bercuti

Assalammualaikum.

Baru satu jam. Saya sudah merindui Akif Fawwaz
Ya Allah. Aku memohon perlindungan Mu ke atas anakku dari segala tingkah laku yang tidak baik, dari segala tindak perbuatan yang tidak baik dari segala nafsu yang tidak baik, dari segala macam penyakit yang berbahaya.

Untuk Mu Sayang... Mama Sayang Akif


"Ya Allah, peliharalah Muhammad Akif Fawwaz, dan sihatkanlah ia. Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu.

Ya Allah, jadikankah Muhammad Akif Fawwaz sihat dan sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis, dengan berkat Nabi Muhammad SAW dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."

Amin.

Monday, May 20, 2013

Stok EBM

Alhamdulillah, syukur...:)



Basically, maser Mama nak start buat stok susu dulu, ever since pregnant, memang Mama dah berniat nak menyusukan Akif ....so, Mama just korek ilmu from internet and bertanyerkan orang yang pam susu kat office...:)

Okey, camner nak buat stok susu? Actually, biler nak start buat stok susu, kalau boleh start early. Means, selepas 2 minggu melahirkan anak, dah boleh start buat stok. Normally, after dah 2 minggu beranak, memang susu badan dah well expressed, and Insya Allah, kalau consistent buggy susu badan after dah beranak, time-time camnie, memang susu badan tengah melimpah ruah. So, it's the best time nak start buat stok susu...:)

Alhamdulillah..syukur bila mengamalkan vitamin Shaklee dengan konsisten dan berjaya menambah susu badan. 

✿ ESP + VITA LEA + ALFALFA + OSTEMATRIX ✿

Ya Allah, Engkau permudahkanlah Ya Allah perjalanan kami Ibu-Ibu menyusu untuk menyusukan anak kami hanya dengan susu ibu... Meriahkan susu kami & berikan kami kekuatan, kesabaran & kesihatan yang baik... Amin..

Wednesday, May 15, 2013

Akif is 3 months young

Sekejap je rasanya masa berlalu. Hari ni genap umur Akif Fawwaz 3 bulan. Masih terlalu muda, masih terlalu mentah. Tak faham apa2 pun lagi dengan kehidupan yang sedang dia lalui. Aku cuma mahu dia tau, walau apapun dugaan & rintangan, dengan izin dari Allah, aku akan cuba besarkan dia sebaik mungkin. Semoga dia terus membesar dengan sihat dan happy selalu.

Pada Allah aku hari2 panjatkan doa dan kesyukuran. Ini ialah hadiah dari Allah yang aku nantikan. Biar walau nyawa aku jadi galang gantinya, aku sanggup. Asalkan dia terus bahagia dalam jagaan kami yang sentiasa menyayanginya.

Happy 3 month young my dear..

Monday, May 6, 2013

Akif & Mama Akif


Bergambar bersama mama....