Daisypath Friendship tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Wedding tickers
Lilypie Pregnancy tickers
Lilypie First Birthday tickers

Sunday, March 10, 2013

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan En.Suami Tersayang ..





Alhamdulillah .. hari ini (11/3/2013) genap usia perkahwinan kami setahun .. syukur ke hadrat Ilahi kerana mengurniakan kebahagiaan yang jitu dalam kami melayari bahtera rumahtangga ini .. dan semoga kebahagiaan ini berkekalan hingga ke akhir hayat dan seterusnya hingga ke syurga ... amin .. amin .. 



Ya Allah .. berikan lah kami kebahagiaan yang berkekalan dalam mengharungi gelora rumahtangga kami ... Kau kurniakan lah kepada kami kesabaran dan ketabahan yang tinggi dalam menangani apa jua permasaalahan yang timbul dalam kami rumahtangga kami ini .. limpahi lah rahmat mu kepada kami .. agar kami tidak menjadi manusia yang alpa pada tanggungjawab yang diamanahkan kepada kami .. amin .. amin .. ya rabbal .. alamin .. amin ... 

Kepada en.suami kesayangan ku .. isteri mu ini mengucapkan selamat ulang tahun perkahwinan kita yang pertama .. ingin ku rakamkan jutaan terima kasih yang tak terhingga kerana dirimu begitu bersabar dalam melayan kerenah ku sepanjang se tahun kita bersama ... juga terima kasih kerana selalu bertolak ansur dengan sikap ku yang kadang-kala menjengkelkan diri mu .. terima kasih juga kerana diri mu tidak cerewet dalam hal makanan .. apa sahaja yang dihidangkan kepada mu .. semua diterima tanpa bantahan .. sikap mu yang bersahaja membuatkan diri ku semakin menyayangi mu .. my truly love is you .. only you .. in my heart .. I LOVE YOU .. Ever and Forever ... walaupun abg tiada disamping sayang di hari ulangtahun perkhawinan kita yang pertama, jauh dimata, dekat di hati... 

Saturday, March 9, 2013

♥♥♥ Hadiah Anniversary ♥♥♥


Rasa lama tak mencoret di sini. Begitulah kalau sekejap ada, sekejap tak ada. Macam biskut la pulak ye. Eemmm... banyak yang nak dikongsikan bersama-sama, tapi rasanya ini yang best kot... hehehehh...

Pastinya menjadi perkara yang pening kepala kepada si isteri atau kaum hawa apabila tibanya ulang tahun perkahwinan kerana tidak tahu apa hadiah yang perlu diberi kepada si suami sempena ulang tahun perkahwinan. Pastinya sesuatu hadiah yang romantik dan sesuai kepada si suami yang dicari.
Selalunya, hadiah apa yang kawan-kawan dapat masa hari ulang tahun perkahwinan ye? Setiap tahun dapat hadiah? Sekali-sekali atau tak pernah langsung? Atau sekadar ucapan ringkas melalui sms atau kad ucapan yang ditinggalkan oleh hubby atas meja solek? Heheheh... atau yang paling romantik, mungkin ada yang 'candle light dinner'? dan yang paling tak best, bila hubby lupa terus... ada ke? Memang geram kan kalau hubby kita lupa anniversary...